Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Aktivis: Pulangkan kamera video saya!
Diterbitkan:  Nov 13, 2008 8:07 PM
Dikemaskini: 12:16 PM

Sebuah kamera video milik seorang aktivis telah dirampas oleh pihak polis sewaktu majlis memasang lilin Ahad lalu. Bukan sahaja dia turut ditahan, selepas lima hari, kamera videonya masih dalam ‘simpanan' polis.

ong boon keong 250808 02 Ong Boon Keong yang merupakan penyelaras Badan Pemantau Pilihanraya Bebas dan Adil (Mafrel) Pulau Pinang berkata, beliau sedang merakamkan tindakan polis cuba menyuraikan orang ramai apabila kameranya dirampas.

Kira-kira 300 orang hadir di Pusat Sivik Petaling Jaya untuk menyambut ulang tahun pertama perhimpunan Bersih di Kuala Lumpur tahun lalu.

Katanya, beliau sedang merakam tindakan polis menolak mereka yang ditahan masuk ke dalam trak polis.

Menurutnya, polis mungkin tidak senang melihatkannya merakam tindakan mereka itu dan terus menghantar dua anggotanya untuk "menahan saya dan mengambil kamera video saya".

Ong bertanya apakah terdapat undang-undang yang menghalang orang merakam kekerasan polis dan juga bertanya sama ada penahananya itu satu "percubaan untuk menghilangkan rekod mengenai pelakuan mereka yang haram dan tidak bertamaddun itu".

Menurut Ong, selepas dibebaska dengan ikatjamin, beliau meminta pihak polis memulangkan kameranya.

"Pada mulanya, pihak polis berkata mereka tidak tahu mengenai kamera video yang dirampas itu," kata Ong sambil menambah, beliau kemudiannya dibawa ke kaunter pertanyaan di mana anggota polis di situ juga berkata tidak mahu mengenai kameranya.

bersih 1st year anniversary pj vigil arrest 111108 lotus "Mereka mendakwa hanya ada kamera yang dirampas dari Malaysiakini . Saya tetapi berkeras meminta balik kamera saya selama satu jam sebelum mereka membawa masuk dua kamera video yang menurut mereka dirampas dari majlis memasang lilin itu sebagai ‘bukti'. Satu daripadanya adalah kamera saya, tetapi mereka kata ia tidak boleh dipulangkan sehingga siasatan selesai.

"Pihak polis ada jurugambarnya sendiri untuk merakamkan perkara itu. Untuk mengatakan yang mereka memerlukan rakaman video dan untuk mengambilnya tanpa persetujuan kita adalah sesuatu yang tidak boleh diterima sama sekali," kata Ong.

"Kita perlu membantah keras taktik seumpama itu oleh pihak polis. Insiden itu membuktikan bahawa sudah tiba masanya polis diperhatikan secara rapi oleh sebuah badan pemantau luar," tambahnya.

Pada hari yang sama, polis turut merampas kamera video dari jurugambar Malaysiakini, Syukri Mohamad dan menahannya kerana didakwa turut serta dalam perhimpunan tersebut.

syukri mohamad malaysiakini videographer cameraman pj civic centre bersih arrest 111108 02 Kamera video milik Malaysiakini itu masih belum dipulangkan oleh pihak polis.

Syukri pergi ke balai polis Petaling Jaya hari ini untuk mendapatkan balik kamera video tersebut.

Bagaimanapun, beliau dimaklumkan oleh pihak polis bahawa ia masih digunakan dalam siasatan yang dijalankan terhadap insiden berkenaan.

Menurutnya, polis memberitahunya yang kamera video itu akan disimpan sehingga diberitahu kelak.

Sementara itu, Ketua Pengarang Malaysiakini , Steven Gan berkata pihak polis sepatutnya boleh memulangkan kamera video tersebut dan hanya mengambil pita rakamannya untuk tujuan siasatan. Berita asal


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS