Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pemimpin DAP dakwa polis bertindak kasar
Diterbitkan:  Nov 10, 2008 6:40 PM
Dikemaskini: 10:52 AM

Wakil rakyat DAP, Tony Pua and Lau Weng San mendakwa polis Selangor telah bertindak kasar terhadap mereka ketika bertindak menyuraikan peserta majlis memasang lilin di Petalng Jaya malam tadi.

tony puah lau weng san parliament bersih police brutality pc 101108 04 Sambil menyangkal komen Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, mereka memberitahu sidang akhbar di lobi Parlimen hari bahawa polis mula bertindak sewaktu peserta sedang menyanyikan lagu Negaraku.

Hadir sama di sidang akhbar tersebut ialah pemimpin DAP, Lim Kit Siang dan setiausaha agung parti itu yang juga ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Pua, ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berkata, pergelutan berlaku apabila pihak polis mula mengarahkan peserta bersurai ketika mereka sedang menyanyikan lagu Negaraku.

"Sebelum itu, saya telah memberitahu mereka (polis) bahawa kita akan bersurai secara aman selepas itu. Tetapi ketika sedang menyanyikan lagu Negaraku , mereka sudah mula bergerak ke arah kami," katanya.

Pua turut menafikan yang pihak polis telah memberi banyak kali amaran sebelum tangkapan dibuat.

Baca berita penuh


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS