Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Raja Petra: Kit Siang kemuka usul tergempar
Diterbitkan:  Nov 10, 2008 12:22 PM
Dikemaskini: 8:31 AM

Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang mengemukakan usul tergempar meminta kabinet supaya menghalang Menteri Dalam Negeri, Datuk Syed Hamid Albar daripada membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah membebaskan penulis blog, Raja Petra Kamaruddin daripada tahanan ISA.

tony puah lau weng san parliament bersih police brutality pc 101108 01 Jumaat lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam mengisytiharkan bahawa Raja Petra di bawah ISA adalah tidak sah dan memerintahkan supaya beliau dibebaskan segera.

Hakim Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad yang menerima permohonan habeas corpus pengendali blog popular Malaysia Today juga memerintahkan beliau dibebaskan serta-merta.

Penulis blog ditahan polis pada 12 September di suatu tempat yang tidak didedahkan sebelum dibawa ke kem tahanan Kamunting di Taiping pada 23 September.

Pada hari berikutnya, Syed Hamid dilaporkan berkata kementeriannya akan merayu terhadap keputusan mahkamah itu.

Menterinya Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata walaupun kementeriannya tidak bersetuju dengan keputusan mahkamah itu, keputusan itu tetap dihormati.

Jelasnya, penahanan Raja Petra mengikut ISA merupakan langkah pencegahan sebelum tercetus konflik dan salah faham berasaskan agama akibat penulisan editor itu dalam laman web tersebut.

Berita penuh menyusul


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS