Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Satu laporan polis telah dibuat kerana mendakwa berlaku unsur-unsur penipuan dalam pemilihan ketua bahagian Umno Sungai Petani semalam.

Laporan itu dibuat oleh seorang pemerhati mesyuarat tersebut, Salim Hashim, di ibu pejabat polis Kuala Muda, tengah malam tadi.

Dalam laporannya, Salim mendakwa berlaku unsur-unsur dalam pengiraan undi bagi jawatan ketua bahagian.

Pertandingan merebut jawatan ketua bahagian itu membabitkan dua calon - Datuk Azizan Abdul Rahman dan Ali Yahya.

Azizan adalah ketua Umno cawangan Pekan Tikam Batu manakala Ali adalah bekas setiausaha politik bekas menteri besar Kedah, Datuk Mahadzir Khalid.

Selepas pengiraan dilakukan, pengerusi tetap mesyuarat tersebut, Abdullah Saad mengumumkan Ali sebagai pemenang.

Ketika dihubungi Malaysiakini , Salim berkata mengesahkan beliau telah membuat laporan polis tersebut malam tadi.

Katanya, beliau membuat laporan polis kerana mengesyaki berlaku penipuan dalam proses pengiraan undi.

Ekoran itu, kata Salim, beliau telah memberi keterangan selama hampir empat jam di balai tersebut.

ADS