Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Sah! Pertandingan bagi jawatan timbalan presiden Umno Mac ini akan menyaksikan persaingan tiga penjuru antara calon 3M - Tan Sri Muhammad Muhd Taib, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Mohd Ali Rustam.

Yang menariknya ialah ini merupakan kali pertama berlaku pertandingan bagi jawatan timbalan presiden sejak 1987.

bm version umno nomination 2009 updated at 6 34 pm on 091108 Pada 1987, regu Tun Dr mahathir Mohamad dan Tun Ghafar Baba menewaskan regu Tengku Razaleigh Hamzah dan Tun Musa Hitam.

Pada pemilihan 1993, Ghafar menarik diri daripada mempertahankan jawatan tersebut, selepas beliau hanya mendapat tujuh pencalonan, berbanding dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendapat lebih 160 pencalonan.

Ketika itu Anwar bertanding sebagai pasukan wawasan bersama dengan tiga calon naib presiden ketika itu - Datuk Seri Najib Tun Razak, Muhyiddin serta Muhd Taib.

Selepas itu, jawatan tersebut tidak pernah dipertandingkan sehingga pemilihan 2004.

Hari ini Muhd Taib melayakkan diri bertanding jawatan tersebut selepas mendapat dua pencalonan untuk memenuhi kelayakan minima 39 pencalonan pada jam 1.05 tengahari tadi.

Bekas menteri besar Selangor itu mendapat pencalonan dari bahagian Kelana Jaya dan Hulu Terengganu - kedua-duanya dari Selangor.

Sebelum itu, Muhd Taib mendapat pencalonan dari bahagian Ampang - juga dari Selangor.

Manakala Mohd Ali melayakkan diri bertanding jawatan timbalan presiden semalam.

Muhyiddin pula jauh di hadapan dengan mendapatkan 88 pencalonan sehingga ini.

Datuk Seri Najib Tun Razak pula menang tanpa bertanding bagi jawatan presiden.

Sementara itu, dua lagi calon melayakkan diri bertanding jawatan naib presiden.

Mereka ialah Datuk Jamaluddin Jarjis dan Datuk Rais Yatim yang kini masing-masing mendapat 21 pencalonan.

Berikutan itu, lapan orang calon telah layak bertanding jawatan naib presiden.

Enam lagi ialah Datuk Hishammuddin Hussein, Datuk Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Shafie Apdal, Datuk Khaled Nordin, Datuk Syed Hamid Albar dan Tan Sri Isa Samad.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS