Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

12.40 pm Datuk Rais Yatim dan Datuk Jamaluddin Jarjis memperolehi cukup pencalonan untuk layak bertanding jawatan naib presiden.

Jamaluddin mendapat dua lagi pencalonan Ampang dan Temerloh untuk mengutip 21 pencalonan.

Kelayakan minima untuk bertanding jawatan naib presiden ialah 20 pencalonan.

Manakala Rais mendapat pencalonan ke-20 dari bahagian Temerloh.

Berikutan itu, lapan orang calon telah layak bertanding jawatan naib presiden.

Enam lagi ialah Datuk Hishammuddin Hussein, Datuk Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Shafie Apdal, Datuk Khaled Nordin, Datuk Syed Hamid Albar dan Tan Sri Isa Samad.

Seorang lagi calon naib presiden yang mempunyai harapan untuk layak bertanding ialah Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik.

Sehingga pagi ini, Abdul Rahim mendapat 14 pencalonan.

Hari ini merupakan hari terakhir bagi bahagian-bahagian Umno mengadakan mesyuarat perwakilan masing-masing serta membuat pencalonan bagi jawatan tertinggi parti.

Sehingga semalam, 161 daripada 191 bahagian Umno telah selesai bermesyuarat.

ADS