Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

6.20 pm Ketua Menteri Melaka, Datuk Mohd Ali Rustam mendapat pencalonan ke-46 bagi jawatan timbalan presiden dari bahagian Kudat, Sabah.

Kudat turut mencalonkan Datuk Sri Najib untuk jawatan presiden.

Bagi naib presiden pula, bahagian tersebut mencalonkan Datuk Shafie Apdal, Datuk Hishammuddin Hussein dan Datuk Rais Yatim.

bm version umno nomination 2009 updated at 6 34 pm on 091108 Dengan itu, Najib kini mendapat 177 pencalonan. Dua lagi calon timbalan presiden - Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib - masing-masing mendapat 90 dan 43 pencalonan.

Kedudukan naib presiden setakat ini ialah Datuk Hishammuddin Hussein (142), Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi (103), Datuk Shafie Apdal (78), Datuk Khaled Nordin (79), Datuk Syed Hamid Albar (30) dan Tan Sri Isa Samad (26), Datuk Jamaluddin Jarjis (25) dan Datuk Rais Yatim (25).

Kelapan-lapan mereka sudah melepasi kelayakan minima 20 pencalonan dan layak bertanding.

Calon lain ialah Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik (16), Datuk Shahidan Kassim (6), Datuk Mohamad Hassan (3), Datuk Musa Aman (2), Tan Sri Annuar Musa (1), Datuk Affifudin Omar (1), Datuk Halimah Sadique (1), Datuk Mohd Ali Rustam (1) dan Datuk Adnan Yaakob (1).

5.45 pm Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib mendapat pencalonan ke-43 untuk jawatan timbalan presiden dari bahagian Sungai Siput, Perak, yang turut mencalonkan Datuk Sri Najib untuk jawatan presiden.

Bagi naib presiden pula, Sungai Siput mencalonkan Datuk Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Hishammuddin Hussein dan Datuk Jamaluddin Jarjis.

Dengan itu, Najib kini mendapat 176 pencalonan. Dua lagi calon timbalan presiden - Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Mohd Ali Rustam - masing-masing mendapat 90 dan 45 pencalonan.

Kedudukan naib presiden setakat ini ialah Datuk Hishammuddin Hussein (141), Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi (103), Datuk Shafie Apdal (77), Datuk Khaled Nordin (79), Datuk Syed Hamid Albar (30) dan Tan Sri Isa Samad (26), Datuk Jamaluddin Jarjis (25) dan Datuk Rais Yatim (24).

Kelapan-lapan mereka sudah melepasi kelayakan minima 20 pencalonan dan layak bertanding.

Calon lain ialah Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik (16), Datuk Shahidan Kassim (6), Datuk Mohamad Hassan (3), Datuk Musa Aman (2), Tan Sri Annuar Musa (1), Datuk Affifudin Omar (1), Datuk Halimah Sadique (1), Datuk Mohd Ali Rustam (1) dan Datuk Adnan Yaakob (1).

5.20 pm Ketua Menteri Melaka, Datuk Mohd Ali Rustam mendapat pencalonan ke-45 untuk jawatan timbalan presiden dari bahagian Lembah Pantai.

Bahagian tersebut turut mencalonkan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk jawatan presiden.

Bagi naib presiden pula, Lembah Pantai mencalonkan, Datuk Jamaluddin Jarjis, Datuk Shafie Apdal dan Tan Sri Rahim Tamby Chik.

Dengan itu, Najib kini mendapat 175 pencalonan. Dua lagi calon timbalan presiden - Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib - masing-masing mendapat 90 dan 42 pencalonan.

Kedudukan naib presiden setakat ini ialah Datuk Hishammuddin Hussein (140), Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi (102), Datuk Shafie Apdal (77), Datuk Khaled Nordin (79), Datuk Syed Hamid Albar (30) dan Tan Sri Isa Samad (26), Datuk Jamaluddin Jarjis (24) dan Datuk Rais Yatim (24).

Kelapan-lapan mereka sudah melepasi kelayakan minima 20 pencalonan dan layak bertanding.

Calon lain ialah Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik (16), Datuk Shahidan Kassim (6), Datuk Mohamad Hassan (3), Datuk Musa Aman (2), Tan Sri Annuar Musa (1), Datuk Affifudin Omar (1), Datuk Halimah Sadique (1), Datuk Mohd Ali Rustam (1) dan Datuk Adnan Yaakob (1).

4.45 pm Tan Sri Muhammad Muhd Taib mendapatkan pencalonan ke-42 dari bahagian Lipis, Pahang, bagi jawatan timbalan presiden. Beliau sudah layak bertanding jawatan tersebut.

Lipis turut mencalonkan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk jawatan presiden.

Bagi naib presiden pula, bahagian tersebut mencalonkan Datuk Jamaluddin Jarjis dan Datuk Adnan Yaakob.

Bahagian Putrajaya pula mencalonkan Najib dan Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi jawatan presiden dan timbalan presiden.

Bagi naib bahagian pula, bahagian berkenaan mencalonkan Datuk Rais Yatim, Datuk Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Hishammuddin Hussein.

Berikutan itu, Najib kini memperolehi 174 pencalonan bagi jawatan presiden. Bagi timbalan presiden, Muhyiddn mendapat 90 pencalonan dan seorang lagi calon, Datuk Mohd Ali Rustam mendapat 44 pencalonan. Kedua-duanya layak bertanding jawatan tersebut.

Kedudukan naib presiden setakat ini ialah Datuk Hishammuddin Hussein (140), Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi (102), Datuk Shafie Apdal (76), Datuk Khaled Nordin (79), Datuk Syed Hamid Albar (30) dan Tan Sri Isa Samad (26), Datuk Jamaluddin Jarjis (23) dan Datuk Rais Yatim (24).

Kelapan-lapan mereka sudah melepasi kelayakan minima 20 pencalonan dan layak bertanding.

Calon lain ialah Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik (15), Datuk Shahidan Kassim (6), Datuk Mohamad Hassan (3), Datuk Musa Aman (2), Tan Sri Annuar Musa (1), Datuk Affifudin Omar (1), Datuk Halimah Sadique (1), Datuk Mohd Ali Rustam (1) dan Datuk Adnan Yaakob (1).

3.50 pm Tan Sri Muhammad Muhd Taib mendapatkan pencalonan ke-41 dari bahagian Tenggara, Johor bagi jawatan timbalan presiden. Beliau sudah layak bertanding jawatan tersebut.

Tenggara turut mencalonkan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk jawatan presidn. Najib kini mendapat 172 pencalonan.

Dua lagi calon yang sudah layak bertanding jawatan timbalan presiden ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendapat 89 pencalonan dan Datuk Mohd Ali Rustam yang mendapat 44 pencalonan.

Bagi naib presiden pula, Tenggara mencalonkan Datuk Hishammuddin Hussein, Datuk Khaled Nordin dan Datuk Rais Yatim.

Kedudukan naib presiden setakat ini ialah Datuk Hishammuddin Hussein (139), Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi (101), Datuk Shafie Apdal (76), Datuk Khaled Nordin (79), Datuk Syed Hamid Albar (30) dan Tan Sri Isa Samad (26), Datuk Jamaluddin Jarjis (22) dan Datuk Rais Yatim (23).

Kelapan-lapan mereka sudah melepasi kelayakan minima 20 pencalonan dan layak bertanding.

Calon lain ialah Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik (15), Datuk Shahidan Kassim (6), Datuk Mohamad Hassan (3), Datuk Musa Aman (2), Tan Sri Annuar Musa (1), Datuk Affifudin Omar (1), Datuk Halimah Sadique (1) dan Datuk Mohd Ali Rustam (1)

2.20 pm Datuk Mohd Ali Rustam mendapat pencalonan ke-44 dari bahagian Bukit Bendera bagi jawatan timbalan presiden. Beliau telah layak bertanding jawatan tersebut.

Tanjung Karang juga turut mencalonkan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk jawatan presiden. Najib kini mendapat 171 pencalonan.

Bagi dua lagi calon yang sudah layak bertanding jawatan timbalan presiden ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendapat 89 pencalonan dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib mendapat 40 pencalonan. Kedua-duanya juga sudah layak bertanding.

Bagi naib presiden pula, Bukit Bendera mencalonkan Datuk Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Hishammuddin Hussein dan Datuk Shafie Apdal.

Kedudukan naib presiden setakat ini ialah Datuk Hishammuddin Hussein (138), Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi (101), Datuk Shafie Apdal (76), Datuk Khaled Nordin (68), Datuk Syed Hamid Albar (30) dan Tan Sri Isa Samad (26), Datuk Jamaluddin Jarjis (22) dan Datuk Rais Yatim (22).

Kelapan-lapan mereka sudah melepasi kelayakan minima 20 pencalonan dan layak bertanding.

Calon lain ialah Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik (15), Datuk Shahidan Kassim (6), Datuk Mohamad Hassan (3), Datuk Musa Aman (2), Tan Sri Annuar Musa (1), Datuk Affifudin Omar (1), Datuk Halimah Sadique (1) dan Datuk Mohd Ali Rustam (1).

2.00 pm Tan Sri Muhammad Muhd Taib mendapat pencalonan ke-40 bagi jawatan timbalan presiden dari bahagian Tanjung Karang Selangor. Muhd Taib telah layak bertanding jawatan tersebut.

Tanjung Karang juga turut mencalonkan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk jawatan presiden. Najib kini mendapat 170 pencalonan.

Bagi dua lagi calon yang sudah layak bertanding jawatan timbalan presiden ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendapat 89 pencalonan dan Datuk Mohd Ali Rustam mendapat 43 pencalonan.

Bagi naib presiden pula, Tanjung Karang mencalonkan Datuk Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Hishammuddin Hussein dan Datuk Shafie Apdal.

Bagi naib presiden pula, kedudukan setakat ini ialah Datuk Hishammuddin Hussein (137), Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi (100), Datuk Shafie Apdal (75), Datuk Khaled Nordin (68), Datuk Syed Hamid Albar (30) dan Tan Sri Isa Samad (26). Keenam mereka sudah melepasi kelayakan minima 20 pencalonan dan layak bertanding.

Calon lain ialah Datuk Jamaluddin Jarjis (22), Datuk Rais Yatim (22), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik (15), Datuk Shahidan Kassim (6), Datuk Mohamad Hassan (3), Datuk Musa Aman (2), Tan Sri Annuar Musa (1), Datuk Affifudin Omar (1), Datuk Halimah Sadique (1) dan Datuk Mohd Ali Rustam (1).

1.50 pm Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapat pencalonan ke-89 dari bahagian Pengerang, Johor yang turut mencalonkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai presiden.

Bagi naib presiden, bahagian berkenaan mencalonkan Datuk Hishammuddin Hussein, Datuk Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Syed Hamid Albar.

Sehingga ini Najib mendapat 169 pencalonan. Bagi dua lagi calon yang sudah layak bertanding jawatan timbalan presiden, Datuk Mohd Ali Rustam mendapat 43 pencalonan manakala Tan Sri Muhammad Muhd Taib mendapat 39 pencalonan.

Bagi naib presiden pula, kedudukan setakat ini ialah Datuk Hishammuddin Hussein (136), Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi (99), Datuk Shafie Apdal (74), Datuk Khaled Nordin (68), Datuk Syed Hamid Albar (30) dan Tan Sri Isa Samad (26), Datuk Jamaluddin Jarjis (22) dan Datuk Rais Yatim (22). Kelapan-lapan mereka sudah melepasi kelayakan minima 20 pencalonan dan layak bertanding.

Calon lain ialah Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik (15), Datuk Shahidan Kassim (6), Datuk Mohamad Hassan (3), Datuk Musa Aman (2), Tan Sri Annuar Musa (1), Datuk Affifudin Omar (1), Datuk Halimah Sadique (1) dan Datuk Mohd Ali Rustam (1).

1.35 pm Ketua Menteri Melaka, Datuk Mohd Ali Rustam mendapat pencalonan ke-43 bagi jawatan timbalan presiden dari bahagian Ipoh Timur yang turut mencalonkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai presiden Umno.

Mohd Ali, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib telah layak bertanding jawatan timbalan presiden. Muhyiddin sehingga ini mendapat 88 pencalonan manakala Muhd Taib mendapat 39 pencalonan.

Najib pul kini memperolehi 168 pencalonan bagi jawatan presiden.

Bagi naib presiden pula, bahagian tersebut mencalonkan Datuk Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Hishammuddin Hussein dan Datuk Shafie Apdal.

Kedudukan naib presiden setakat ini ialah Datuk Hishammuddin Hussein (135), Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi (98), Datuk Shafie Apdal (74), Datuk Khaled Nordin (68), Datuk Syed Hamid Albar (29) dan Tan Sri Isa Samad (26), Datuk Jamaluddin Jarjis (22) dan Datuk Rais Yatim (22). Kelapan-lapan mereka sudah melepasi kelayakan minima 20 pencalonan dan layak bertanding.

Calon lain ialah Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik (15), Datuk Shahidan Kassim (6), Datuk Mohamad Hassan (3), Datuk Musa Aman (2), Tan Sri Annuar Musa (1), Datuk Affifudin Omar (1), Datuk Halimah Sadique (1) dan Datuk Mohd Ali Rustam (1).

1.05 pm Tan Sri Muhammad Taib memperolehi pencalonan ke-39 dari bahagian Kelana Jaya dan Hulu Selangor untuk melayakkan diri bertanding jawatan timbalan presiden Umno Mac depan.

Dengan ini, pertandingan bagi jawatan tersebut akan menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Muhd Taib, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Mohd Ali Rustam

Bagi naib presiden pula, Kelana Jaya mencalonkan Datuk Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Rais Yatim dan Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik.

Hulu Selangor pula mencalonkan Zahid, Datuk Jamaluddin Jarjis dan Datuk Khaled Nordin.

Ampang pula mencalonkan Jamaluddin, Datuk Hishammuddin Hussein dan Rais.

Kedudukan naib presiden setakat ini ialah Datuk Hishammuddin Hussein (133), Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi (97), Datuk Shafie Apdal (73), Datuk Khaled Nordin (68), Datuk Syed Hamid Albar (29) dan Tan Sri Isa Samad (26), Datuk Jamaluddin Jarjis (22) dan Datuk Rais Yatim (22). Kelapan-lapan mereka sudah melepasi kelayakan minima 20 pencalonan dan layak bertanding.

Calon lain ialah Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik (15), Datuk Shahidan Kassim (6), Datuk Mohamad Hassan (3), Datuk Musa Aman (2), Tan Sri Annuar Musa (1), Datuk Affifudin Omar (1), Datuk Halimah Sadique (1) dan Datuk Mohd Ali Rustam (1).

1.00 pm Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapat tiga lagi pencalonan dari bahagian Temerloh, Libaran dan Putatan (Sabah) untuk jawatan timbalan presiden.

Ketiga-tiga bahagian berkenaan turut mencalonkan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk jawatan presiden. Dengan itu, Najib mendapat 165 pencalonan manakala Muhyiddin mendapat 88 pencalonan.

Dua lagi calon timbalan presiden - Datuk Mohd Ali Rustam mendapat 42 pencalonan dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib mendapat 37 pencalonan.

Muhyiddin dan Mohd Ali sudah layak bertanding manakala Muhd Taib memerlukan dua lagi pencalonan untuk melepasi kelayakan minima 39 pencalonan.

Bagi naib presiden pula, Temerloh mencalonkan Datuk Hishammuddin Hussien, Datuk Jamaluddin Jarjis dan Datuk Rais Yatim.

Libran pula mencalonkan Hishammuddin, Datuk Shafie Salleh dan Datuk Syed Hamid Albar.

Manakala Putatan pula mencalonkan Hishammuddin, Rais dan Shafie.

Ini bermakna Jamaluddin dan Rais memperolehi kelayakan minima 20 pencalonan untuk bertanding jawatan naib presiden.

Dengan itu, sehingga ini, lapan calon layak bertanding jawatan naib presiden dalam perhimpunan agung Umno Mac depan.

Kedudukan naib presiden setakat ini ialah Datuk Hishammuddin Hussein (133), Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi (95), Datuk Shafie Apdal (73), Datuk Khaled Nordin (67), Datuk Syed Hamid Albar (29) dan Tan Sri Isa Samad (26), Datuk Jamaluddin Jarjis (21) dan Datuk Rais Yatim (21). Kelapan-lapan mereka sudah melepasi kelayakan minima 20 pencalonan dan layak bertanding.

Calon lain ialah Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik (13), Datuk Shahidan Kassim (6), Datuk Mohamad Hassan (3), Datuk Musa Aman (2), Tan Sri Annuar Musa (1), Datuk Affifudin Omar (1), Datuk Halimah Sadique (1) dan Datuk Mohd Ali Rustam (1).

12.10 pm Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapat satu lagi pencalonan hari ini bagi jawatan timbalan presiden dari bahagian Batu Kawan, Pulau Pinang yang turut mencalonkan Datuk Seri Najib untuk jawatan presiden.

Dengan itu, Muhyiddin sehingga ini memperolehi 85 pencalonan manakala Najib pula mendapat 164 pencalonan, termasuk dari bahagian Ampang dan Rembau.

Bagi naib presiden pula, Batu Kawan mencalonkan Datuk Hishammuddin Hussein, Datuk Shafie Apdal dan Datuk Ahmad Zahid Hamidi.

Kedudukan naib presiden setakat ini ialah Datuk Hishammuddin Hussein (130), Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi (95), Datuk Shafie Apdal (71), Datuk Khaled Nordin (67), Datuk Syed Hamid Albar (28) dan Tan Sri Isa Samad (26). Keenam mereka sudah melepasi kelayakan minima 20 pencalonan dan layak bertanding.

Calon lain ialah Datuk Jamaluddin Jarjis (19), Datuk Rais Yatim (19), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik (13), Datuk Shahidan Kassim (6), Datuk Mohamad Hassan (3), Datuk Musa Aman (2), Tan Sri Annuar Musa (1), Datuk Affifudin Omar (1), Datuk Halimah Sadique (1) dan Datuk Mohd Ali Rustam (1).

11.20 am Ampang merupakan bahagian pertama di Selangor yang bermesyuarat hari ini yang mencalonkan Tan Sri Muhammad Muhd Taib untuk jawatan timbalan presiden.

Dengan ini, beliau mengumpulkan 37 pencalonan dan memerlukan dua lagi untuk layak bertanding jawatan tersebut.

Empat bahagian di Selangor bermesyuarat hari ini, iaitu Ampang, Kelana Jaya, Hulu Selangor dan Tanjung Karang.

Kesemua berkenaan dijangka mencalon Muhd Taib untuk jawatan timbalan presiden.

Bekas menteri besar Selangor itu dijangka mendapat cukup pencalonan menjelang tengahari ini.

Manakala Ketua Menteri Melaka, Datuk Mohd Ali Rustam mendapat pencalonan ke-42 dari bahagian Rembau pagi ini.

Bagi naib presiden, Rembau mencalonkan Tan Sri Isa Samad, Datuk Rais Yatim dan Datuk Ahmad Zahid Hamidi.

Kedudukan naib presiden setakat ini ialah Datuk Hishammuddin Hussein (129), Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi (94), Datuk Shafie Apdal (71), Datuk Khaled Nordin (67), Datuk Syed Hamid Albar (28) dan Tan Sri Isa Samad (26). Keenam mereka sudah melepasi kelayakan minima 20 pencalonan dan layak bertanding.

Calon lain ialah Datuk Jamaluddin Jarjis (19), Datuk Rais Yatim (19), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik (13), Datuk Shahidan Kassim (6), Datuk Mohamad Hassan (3), Datuk Musa Aman (2), Tan Sri Annuar Musa (1), Datuk Affifudin Omar (1), Datuk Halimah Sadique (1) dan Datuk Mohd Ali Rustam (1).

ADS