Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Raja Petra dibebaskan dari ISA
Diterbitkan:  Nov 7, 2008 10:00 AM
Dikemaskini: 1:09 PM

kemaskini 4:33pm Mahkamah Tinggi Shah Alam pagi ini mengisytiharkan bahawa penahanan penulis blog Raja Petra Kamaruddin di bawah ISA adalah tidak sah dan memerintahkan supaya beliau dibebaskan segera.

raja petra kamaruddin habeas corpus case 071108 12 Hakim Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad yang menerima permohonan habeas corpus pengendali blog popular Malaysia Today juga memerintahkan beliau dibebaskan serta-merta.

Hakim juga memerintahkan Raja Petra dibawa ke mahkamah menjelang 4 petang hari ini sebelum beliau dibebaskan segera.

Penulis blog ditahan polis pada 12 September di suatu tempat yang tidak didedahkan sebelum dibawa ke kem tahanan Kamunting di Taiping pada 23 Sept.

Raja Petra dibawa dari kem tahanan itu menjelang tengah hari sebelum dibawa di depan hakim kira-kira jam 3.15 petang dan dibebaskan lima minit kemudian.

Baca berita penuh


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS