Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
P Pinang disaman guna papan tanda pelbagai bahasa
Diterbitkan:  Nov 4, 2008 5:35 PM
Dikemaskini: 11:20 AM

Kira-kira 200 anggota Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM) mengadakan perarakan secara aman hari ini sebelum memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang terhadap kerajaan Pulau Pinang berhubung penggunaan papan tanda nama jalan dalam pelbagai bahasa di tapak warisan Georgetown.

penang road sign dual language umno ngo files protest 041108 03 Mereka mengadakan perarakan itu dari Padang Kota Lama menuju ke perkarangan Mahkamah Tinggi yang terletak tidak jauh dari situ.

Dalam writ saman yang difailkan pada jam 2.55 petang, gabungan itu memohon mahkamah mengeluarkan perintah menghalang papan tanda itu dinaikkan.

Gabungan itu turut memohon satu deklarasi dibuat berhubung Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan bagi mempertahankan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, demikian menurut laporan Bernama.

Writ saman telah difailkan oleh wakil gabungan itu Nik Rizman Sapian menerusi peguam Sahrihan Jani dari Tetuan Sahrihan & Hamdan, dengan menamakan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sebagai defendan pertama dan kerajaan negeri Pulau Pinang sebagai defendan kedua.

penang road sign dual language umno ngo files protest 041108 nik risman sapain Dalam penyata tuntutan, Nik Rizman yang juga anggota GGMM, menyatakan bahawa beliau telah menghantar notis tuntutan kepada kedua-dua defendan supaya membatalkan keputusan memasang papan tanda nama jalan dalam pelbagai bahasa di tapak warisan Georgetown.

Kedua-dua defendan telah mengabaikan notis yang dihantar melalui Tetuan Azam Aziz dan Rose Maria menyebabkan beliau memohon satu deklarasi dan injunksi dari mahkamah.

Ketika ditemui pemberita di luar perkarangan mahkamah, Pengerusi GGMM Khairul Azam Abdul Aziz berkata perjuangan gabungan itu bertujuan mempertahankan ketuanan Melayu yang kian tercabar.

"Perjuangan kami berdasarkan peruntukan undang-undang dan bukan berdasarkan emosi semata-mata, kalah menang itu adat, yang penting kami berjuang mempertahankan kedaulatan Melayu," katanya.

Terdahulu 200 anggota gabungan itu mengadakan perarakan secara aman dari Padang Kota Lama menuju ke perkarangan Mahkamah Tinggi tidak jauh dari situ.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS