Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pekerja dibenar kurang caruman KWSP
Diterbitkan:  Nov 4, 2008 5:22 PM
Dikemaskini: 9:45 AM

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan membenarkan pekerja untuk mengurangkan potongan caruman pekerja Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara sukarela sebanyak 3 peratus selama dua tahun, mulai 1 Januari 2009, sebagai langkah untuk menambah pendapatan boleh guna pekerja.

civil servants government workers Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan berkata, pada masa ini, caruman majikan kepada KWSP adalah 12 peratus manakala caruman pekerja adalah 11 peratus.

"Dengan penurunan ini, jumlah caruman masih pada tahap munasabah 20 peratus, iaitu 12 peratus majikan dan 8 peratus pekerja.

"Seseorang yang berpendapatan 2,000 ringgit sebulan akan memperolehi pendapatan boleh guna tambahan sebanyak RM60 sebulan, manakala seseorang yang berpendapatan RM 6,000 sebulan akan memperolehi pendapatan boleh guna tambahan sebanyak RM180 sebulan," katanya ketika menggulung Perbahasan Bajet 2009 di peringkat dasar.

Katanya, sekiranya semua pencarum memilih untuk mengurangkan caruman, jumlah yang terlibat adalah RM4.8 bilion setahun.

"Sekiranya kita mengandaikan bahawa hanya 50 peratus daripada pencarum akan menggunakan kemudahan ini, perbelanjaan penggunaan swasta dijangka meningkat sebanyak RM2.4 bilion," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS