ADS
mk-logo
Berita
Hakim kontroversi letak jawatan 1 Disember
Diterbitkan:  Oct 30, 2008 12:35 PM
Dikemaskini: 11:57 AM

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ian Chin - yang sebelum ini membuat dakwaan mengejutkan bahawa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengancam hakim-hakim - telah menyerahkan surat peletakan jawatannya sebagai hakim.

Menteri di Jabatan Perdana, T Murugiah memberitahu Dewan Rakyat hari ini bahawa Chin telah menyerahkan surat peletakan jawatannya, yang bertarikh 16 Julai, kepada Yang di-Pertuan Agong.

bm version justice ian chin biodata 301008 "Beliau akan meletakkan jawatan pada 1 Disember 2008. Pada masa ini, beliau sedang bercuti sejak 1 Ogos lalu sehingga 30 November depan," katanya.

Murugiah menjawab soalan Datuk Mukhriz Mahathir (BN-Jerlun) sekiranya sebarang tindakan akan diambil terhadap hakim berkenaan kerana mendakwa berlaku campurtangan kerajaan dalam bidang kehakiman.

Soalan yang sama juga dikemukakan oleh Tian Chua (PKR-Batu).

ADS

Murugiah berkata, memandangkan Chin telah menyerahkan surat peletakan jawatannya, maka tidak perlu sebarang tindakan diambil terhadap Mahkamah Tinggi Sarawak itu.

Baca berita penuh


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS
ADS
ADS