Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
DBP: Kuatkuasakan iklan, nama jalan Bahasa Malaysia
Diterbitkan:  Oct 28, 2008 7:23 PM
Dikemaskini: 11:37 AM

Timbalan ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menyarankan agar undang-undang kecil pihak berkuasa tempatan berkaitan pengunaan Bahasa Malaysia pada papan iklan dan nama jalan diperkasakan lagi.

Kamarul Zaman Shaharudin berkata ketiadaan pelaksanaan undang-undang yang kuat adalah antara punca bahasa kebangsaan sukar didaulatkan, lapor Bernama .

"Kerajaan negeri mempunyai kuasa untuk mengatasi soal pelaksanaan

undang-undang kecil ke atas pihak berkuasa tempatan.

"Caranya ialah dengan mengaitkan undang-undang kecil itu dengan Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 yang menyentuh soal Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara ini," beliau dipetik berkata.

Beliau berkata terdapat kerajaan negeri yang peka dengan merujuk DBP untuk meminta nasihat berhubung penguatkuasaan bahasa kebangsaan, katanya.

Menurut agensi berita itu lagi, kini terdapat pihak yang mahu menamakan jalan yang sekarang menggunakan Bahasa Malaysia, dengan bahasa-bahasa lain, terutama di negeri yang diperintah

oleh pembangkang.

Kamarul Zaman memberi contoh semasa kejohanan Olimpik Beijing, China yang mengekalkan semua papan tanda dalam bahasa Mandarin walaupun jutaan pengunjung daripada pelbagai bangsa.

"Untuk kepentingan pengunjung asing, tidak pula mereka meletakkan papan tanda dalam bahasa Arab, Jepun, Jerman, Sepanyol, Greek, Rusia dan sebagainya," katanya.

Tambahnya, penggunaan bahasa kebangsaan merupakan identiti negara ini yang perlu dibanggakan.

ADS