Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Najib 103, Muhyiddin 65, Muhd Ali 23, Muhd Taib 17
Diterbitkan:  Oct 27, 2008 6:20 PM
Dikemaskini: Oct 28, 2008 3:21 AM

7.30 pm Datuk Seri Najib Tun Razak mendapat pencalonan ke-103 untuk jawatan presiden dari bahagian Maran yang turut mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk jawatan timbalan presiden.

bm version umno nomination 2009 update on 10 55 am 28th october 2008 281008 Dengan itu, Muhyiddin kin memperolehi 65 pencalonan. Manakala dua lagi calon - Datuk Mohd Ali Rustam mendapat 23 pencalonan manakala Tan Sri Muhammad Muhd Taib mendapat 17 pencalonan.

Bagi jawatan naib presiden pula, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Dr Ahmad Zahid turut mendapat pencalonan dari bahagian Maran.

Kedudukan bagi naib presiden sehingga ini ialah Datuk Hishammuddin Hussein (85), Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi (62), Datuk Shafie Apdal (46), Datuk Khaled Nordin (50), Datuk Syed Hamid Albar (22), Datuk Rais Yatim (9), Tan Sri Isa Samad (8), Datuk Jamaluddin Jarjis (6), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik (8), Datuk Shahidan Kassim (6), Datuk Mohamad Hassan (3), Datuk Musa Aman (2), Datuk Mohd Ali Rustam (1) dan Tan Sri Annuar Musa (1).

5.00 pm Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib mendapat pencalonan ke-17 untuk jawatan timbalan presiden selepas mendapat pencalonan daripada dua bahagian Umno yang bermesyuarat hari ini.

muhammad muhd taib Beliau mendapat pencalonan dari bahagian Penampang dan Kota Tinggi, yang turut mencalonkan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk jawatan presiden.

Bagi jawatan naib presiden, Penampang mencalonkan Datuk Dr Jamaluddin Jarjis, Datuk Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Syed Hamid Albar.

Bahagian Kota Tinggi turut mencalonkan Syed Hamid. Manakala dua calon lagi ialah Datuk Khaled Nordin dan Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Manakala bahagian Jeli pula mencalonkan gandingan Najib dan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk jawatan presiden dan timbalan presiden.

Bagi naib presiden, bahagian tersebut mencalonkan Hishammuddin, Ahmad Zahid dan Datuk Shafie Apdal secara sebulat suara.

Berikutan itu, Najib kini mengumpul 102 pencalonan. Manakala dua lagi calon timbalan presiden, Muhyiddin mendapat 64 pencalonan manakala Datuk Ali Rustam kekal dengan 23 pencalonan.

Kedudukan bagi naib presiden sehingga ini ialah Datuk Hishammuddin Hussein (84), Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi (60), Datuk Shafie Apdal (46), Datuk Khaled Nordin (49), Datuk Syed Hamid Albar (22), Datuk Rais Yatim (9), Tan Sri Isa Samad (8), Datuk Jamaluddin Jarjis (6), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik (8), Datuk Shahidan Kassim (6), Datuk Mohamad Hassan (3), Datuk Musa Aman (2), Datuk Mohd Ali Rustam (1) dan Tan Sri Annuar Musa (1).

Pemuda: Khairy 48

Sementara itu, bagi calon Ketua Pemuda pula,Khairy Jamaluddin mendapat pencalonan ke-48 dari Pemuda Kepala Batas yang bermesyuarat hari ini.

Bahagian itu juga mencalonkan, ketua Pemuda bahagian itu, Datuk Reezal Merican Naina Merican yang juga exco pergerakan tersebut, untuk jawatan naib ketua.

Bagi jawatan naib ketua Pemuda pula, ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim menambah pencalonankepada 79, manakala pesaing terdekatnya, Reezal mendapat 66 pencalonan.

Calon lain bagi jawatan naib ketua ialah ketua Pemuda Umno Kota Kinabalu Bahrul Razha Chuprat (3), ketua Pemuda Umno Bagan, Marzuki Yahaya (1), ketua Pemuda Umno Subang, Megat Firdaus Megat Junid (1) dan Khairy (1).

Ketua Wanita: Shahrizat terus dicalon

Sementara itu, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mendapat pencalonan ke-56 jawatan ketua Wanita Umno.

Beliau yang sehingga ini masih tidak menyatakan pendirian berhubung perkara itu, dicalonkan oleh bahagian Kuala Pilah.

Sharizat telah layak bertanding jawatan tersebut. Kelayakan minima ialah 39 pencalonan.

Manakala Tan Sri Rafidah Aziz masih mendahului dengan memperolehi 94 pencalonan untuk mempertahankan jawatannya itu.

Bahagian Kuala Pilah turut mencalonkan Exco Wanita, Pusat Datuk Kamilia Ibrahim untuk jawatan naib ketua.

Sehingga ini, Kamilai telah memperolehi 41 pencalonan dan layak bertanding selepas melepasi kelayakan minima 20 pencalonan.

Calon lain bagi jawatan naib ketua ialah Shahrizat yang telah mengumpulkan 92 pencalonan, ketua Umno Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said (10), Ketua Wanita Umno Johor Datuk Halimah Sadique (dua), Exco Wanita Datuk Dr Norraesah Mohamad (satu) dan Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Maznah Mazlan (satu).


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS