Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

7.05 pm Datuk Dr Mohd Khir Toyo mendapat pencalonan ke-43 bagi jawatan ketua Pemuda dari bahagian Bukit Bintang, yang turut mencalonkan ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim sebagai naib ketua.

5.30 pm Datuk Dr Mohd Khir Toyo mendapat pencalonan ke-42 untuk jawatan ketua Pemuda dari bahagian Ayer Hitam, Johor, yang turut mencalonkan ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim sebagai naib ketua.

5.25 pm Khairy Jamaluddin mendapat pencalonan ke-47 untuk jawatan ketua Pemuda dari bahagian Penampang, Sabah yang turut mencalonkan exco Pemuda, Datuk Reezal Merican Naina Merican sebagai naib ketua.

bm version umno youth 2009 nomination update on 12 45 pm 27th october 2008 271008 4.15 pm Pemuda bahagian Pasir Salak, Perak mencalonkan Khairy Jamaluddin untuk jawatan ketua Pemuda manakala exco Pemuda, Datuk Reezal Merican Naina Merican dicalonkan sebagai naib ketua.

Dengan itu, Khairy kini mendapat 46 pencalonan manakala Reezal pula mendapat 57 pencalonan.

3.40 pm Mesyuarat perwakilan Pemuda hari ini nampaknya menyebelahi Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo yang mendapat satu lagi pencalonan dari bahagian Kota Tinggi, Johor.

Dengan itu beliau mendapatkan 41 pencalonan setakat ini. Bahagian itu juga turut mencalonkan ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim untuk jawatan naib ketua.

3.30 pm Datuk Mukhriz Mahathir mendapatkan pencalonan pertamanya hari ini dari bahagian Pekan, Pahang yang turut mencalonkan ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim bagi jawatan naib ketua.

Dengan itu, Mukhriz mendapat 66 pencalonan dan Razali pula menambah pencalonannya kepada 74.

2.57 pm Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo mendapat pencalonan ke-40 untuk bertanding jawatan ketua Pemuda dari bahagian Tanjung Karang, Selangor.

2.20 pm Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo layak bertanding jawatan ketua Pemuda Umno selepas mendapatkan dua lagi pencalonan hari ini.

Dengan itu, perebutan jawatan ketua Pemuda Umno kali ini bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru.

Pencalonan untuk beliau mencecah tahap kelayakan minima - 39 - apabila mendapat pencalonan dari bahagian Balik Pulau dan Segamat yang bermesyuarat hari ini.

Balik Pulau turut mencalonkan exco Pemuda, Datuk Reezal Merican Naina Merican untuk jawatan naib ketua Pemuda.

Manakala Segamat pula mencalonkan ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim.

Sehingga ini, Datuk Mukhriz Mahathir dan Khairy Jamaluddin masing-masing telah melepasi kelayakan minima 39 pencalonan.

Mukhriz sehingga ini mengumpul 65 pencalonan manakala Khairy pula telah mendapat 45 pencalonan.

Bagi jawatan naib ketua, Reezal sehingga ini mendapat 56 pencalonan sejak bahagian bermesyuarat mulai 9 Oktober lalu.

Manakala Razali pula mendapat 73 pencalonan sehingga ini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS