Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo layak bertanding jawatan ketua Pemuda Umno selepas mendapatkan dua lagi pencalonan hari ini.

khir toyo 181207 Dengan itu, perebutan jawatan ketua Pemuda Umno kali ini bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru.

pencalonan pemuda 251008 Pencalonan untuk beliau mencecah tahap kelayakan minima - 39 - apabila mendapat pencalonan dari bahagian Balik Pulau dan Segamat yang bermesyuarat hari ini.

Balik Pulau turut mencalonkan exco Pemuda, Datuk Reezal Merican Naina Merican untuk jawatan naib ketua Pemuda.

Manakala Segamat pula mencalonkan ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim.

Sehingga ini, Datuk Mukhriz Mahathir dan Khairy Jamaluddin masing-masing telah melepasi kelayakan minima 39 pencalonan.

Mukhriz sehingga ini mengumpul 65 pencalonan manakala Khairy pula telah mendapat 45 pencalonan.

Bagi jawatan naib ketua, Reezal sehingga ini mendapat 56 pencalonan sejak bahagian bermesyuarat mulai 9 Oktober lalu.

Manakala Razali pula mendapat 73 pencalonan sehingga ini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS