Usaha menukar kerajaan yang diusahakan oleh penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim "sedikit-sebanyak" terganggu disebabkan oleh peralihan kuasa yang akan berlaku dalam Umno.
"Peralihan kuasa dalam Umno sedikit sebanyak mengganggu langkah kita (membentuk kerajaan baru)," katanya sumber-sumber yang rapat dengan PAS kepada Malaysiakini.
Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Badawi dijadual menyerahkan kuasa kepada timbalannya Datuk Seri Najib Razak Mac depan.
Menurut sumber-sumber itu lagi, Najib dijangka melakukan rombakan kabinet apabila mengambil alih kuasa yang mungkin memberi lebih banyak kedudukan penting kepada wakil rakyat BN dari Sabah dan Sarawak.
Malaysiakini difahamkan gabungan pembangkang kini risau ahli-ahli parlimen BN Sabah dan Sarawak yang didakwa telah bersetuju menyertai Pakatan Rakyat, membatalkan hasrat mereka ekoran rombakan kabinet tersebut.
"Jumlah (ahli parlimen BN yang akan melompat parti) sekarang ini ngam-ngam (cukup-cukup) saja," jelas sumber-sumber tersebut.
Mesyuarat kepimpinan Pakatan
Mengulas portfolio yang dikehendaki PAS dalam kerajaan baru nanti, sumber-sumber berkata perkara itu telah dibentangkan dalam mesyuarat bersama ketiga-tiga parti gabungan PKR, DAP dan PAS.
Menurutnya, sehingga ini sudah dua mesyuarat parti pimpinan Pakatan telah diadakan.
Bagaimanapun, kata sumber-sumber itu, keputusan berhubung permintaan portfolio PAS masih masih belum dibuat.
Sumber juga mendakwa, perbincangan tentang jawaan timbalan perdana menteri juga masih belum selesai.
Sebelum ini, PAS telah melantikan jawatankuasa lebih orang anggota untuk mewakili parti itu berunding dengan rakan-rakan Pakatan berhubung penubuhan kerajaan baru.
Jawatankuasa itu dianggotai oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; timbalannya, Nasharuddin Mat Isa; naib-naib presiden, Mohammad Sabu dan Datuk Husam Musa; serta setiausaha agung PAS, Datuk Kamaruddin Jaffar.