Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dr Nasir: Soalan saya diputar belit
Diterbitkan:  Oct 23, 2008 3:35 PM
Dikemaskini: 7:50 AM

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Damansara, Dr Mohd Nasir Hashim berkata, soalan yang dikemukakannya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor kelmarin, telah diputarbelit untuk memberi gambaran seolah-olah beliau mencadangkan Majlis Zakat mengadakan peruntukan kepada masyarakat bukan Islam.

psm dr nasir hashim 010808 Sebaliknya, dalam satu kenyataan semalam, Dr Mohd Nasir yang juga presiden Parti Sosialis Malaysia (PSM) menegaskan bahawa perkara itu adalah tidak benar.

Kelmarin, media memetik Dr Mohd Nasir sebagai mencadangkan kerajaan negeri supaya menyalurkan sebahagian peruntukan zakat kepada bukan Islam di Selangor, ketika sesi soal jawab DUN Selangor.

Ia juga melaporkan beliau berkata, cadangan tersebut sebagai salah satu pendekatan yang boleh diambil oleh kerajaan negeri pakatan pembangkang untuk menangani masalah kemiskinan di kalangan bukan Islam.

Bagaimanapun, cadangan itu dilaporkan tidak sempat dibantah beberapa Adun Barisan Nasional (BN) yang cuba bangkit ketika persidangan itu berlangsung kerana Timbalan Speaker, Haniza Mohamed Talha bertindak memberikan laluan kepada soalan berikutnya.

Manakala , Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pula dilaporkan memberitahu satu sidang akhbarnya bahawa cadangan itu tidak mungkin dilaksanakan pada masa ini memandangkan dana kutipan zakat diperoleh daripada penyumbang yang beragama Islam.

Dalam kenyataannya itu, , Dr Mohd Nasir menjelaskan bahawa semasa DUN bersidang kelmarin, beliau telah bertanyakan soalan tambahan mengenai kutipan zakat yang dikemukakan oleh ADUN Lembah Jaya dari PAS, Khasim Abdul Aziz.

"Soalan tambahan saya adalah sama ada wujud atau tidak peruntukan zakat untuk rakyat bukan Islam yang miskin. Itu sahaja soalan saya.

Sekadar pohon penjelasan

"Saya tidak pernah mencadangkan sesuatu dan hanya sekadar memohon penjelasan sahaja.

"Saya menimbulkan soalan ini kerana selepas pilihanraya umum Mac lalu, Adun dan ahli Parlimen telah diberi taklimat oleh pegawai zakat dan diberitahu bahawa rakyat bukan Islam yang miskin layak menerima zakat.

"Tidak berapa lama selepas itu, kami pula telah difahamkan bahawa zakat adalah untuk orang Islam sahaja.

"Oleh kerana wujudnya percanggahan fakta ini, maka itu, semasa Dewan bersidang, saya telah menimbulkan soalan ini untuk mendapatkan penjelasan tentang perkara ini," tambahnya.

Dr Mohd Nasir berkata, beliau tidak memberi cadangan atau memaksa Majlis Zakat mengadakan peruntukan untuk rakyat bukan Islam.

"Persoalan saya juga adalah berdasarkan al-Quran, surah 9, Al-Taubah ayat 60 dan beberapa maklumat dari internet mengenai zakat ini," tambahnya.

Justeru, katanya, beliau berpendirian bahawa bertanya tentang zakat bukanlah suatu kesalahan.

"Saya amat kecewa terhadap media dan akhbar tempatan yang sanggup memutarbelit keadaan dan langsung tidak meminta penjelasan dari saya," katanya sambul menakwa isu itu telah diputarbelitkan demi kepentingan politik sesetengah pihak tertentu.

ADS