Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Laporan polis terhadap ketua Wanita Gerakan
Diterbitkan:  Oct 21, 2008 5:21 PM
Dikemaskini: 9:23 AM

Sebuah NGO, Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM) hari ini membuat laporan polis terhadap Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe yang didakwa membuat kenyataan berbaur hasutan dan perkauman.

Presiden Penaja GGMM Mohd Khairul Azam Abdul Aziz membuat laporan itu di Balai Polis Pudu pada jam 11.30 pagi ini, ditemani anggota exco GGM Nik Rizman Sapian.

Beliau mendakwa, kenyataan Lian Hoe yang menyamakan asal usul kedatangan bangsa Melayu, Cina dan India negara ini, dilihat cuba menghasut serta merosakkan perpaduan antara kaum, demikian menurut laporan Bernama.

"Kenyataannya (Lian Hoe) membawa maksud seolah-olah asal usul kaum-kaum di negara ini adalah sama, serta menyatakan ketidakwajaran sesuatu kaum mendapat hak istimewa melebihi kaum lain.

"Persoalan itu yang ditimbulkan oleh Lian Hoe dilihat sebagai cubaan menghasut supaya orang lain mempertikaikan hak keistimewaan kaum lain," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu.

Beliau yang juga seorang peguam berkata, laporan polis itu dibuat untuk menghentikan tindakan berbaur hasutan dan perkauman oleh mana-mana pihak yang boleh mencetuskan permusuhan dan pertikaian hak antara kaum.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS