Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Kira-kira 20 rumah di Kampung Baru Plentong Tengah yang tidak berpenghuni di kampung tersebut, telah dirobohkan dalam operasi yang dilancarkan pihak pemaju semalam.

Tindakan itu diambil selepas penduduk enggan berpindah ke penempatan sementara sementara. Kampung tersebut akan dimajukan sebagai kawasan komersil.

Dalam operasi semalam, 27 penduduk serta aktivis ditahan kerana cuba menghalang kerja perobohan rumah di situ. Mereka bagaimana telah dibebaskan pada hari yang sama dengan ikatjamin.

Setiausaha jawatankuasa bertindak penduduk kampung tersebut, Taslim Nani, berkata sejumlah 310 keluarga terbabit tidak bersetuju berpindah ke penempatan sementara itu.

Katanya, ia kerana mereka tidak mahu dipisah-pisahkan memandangkan lokasi penempatan sementara terletak di tempat yang berasingan.

Bagaimanapun, Taslim menegaskan sekali lagi bahawa penduduk terbabit bersedia berpindah ke kawasan baru di Bukit Dagang, kira-kira 50 km dari situ.

"Kami sepakat untuk berpindah, tetapi rumah di tapak ganti di Bukit Dagang belum siap, dan belum ada kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik serta jalan.

"Kami tetap akan berpindah ke sana bila semuanya siap," katanya

Ditanya mengapa mereka enggan berpindah ke penempatan sementara itu, Taslim berkata, ia merupakan rumah sewa yang perlu dibayar sendiri oleh penduduk terbabit.

Penduduk juga, tambahnya, akan berdepan dengan masalah jika berpindah ke kawasan rumah sementara itu

Menurutnya, ini kerana ramai penduduk bekerja sendiri termasuk berniaga, dan tentulah sukar bagi mereka memulakan perniagaan baru di tempat sementara itu.

Ditanya mengenai keadaan di kampung itu hari ini, Taslim berkata, beliau tidak pasti, tetapi sehingga ini tiada kerja perobohan rumah dilakukan.

Katanya, pihaknya sedang menunggu keputusan rayuan mereka di mahkamah berhubung isu tersebut.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS