Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menjadi calon pertama yang layak bertanding jawatan naib presiden dalam pemilihan parti Mac depan.
Beliau telah memperolehi 20 pencalonan dan melepasi had kelayakan sebanyak 10 peratus atau 19 pencalonan bagi bertanding jawatan tersebut.
Hishammuddin tidak mempertahankan jawatan ketua Pemuda Umno dalam pemilihan tahun ini.
Beliau adalah di antara 11 orang yang dicalonkan untuk bertanding jawatan tersebut.
Mereka terdiri daripada Datuk Seri Khaled Nordin, Datuk Seri Rais Yatim, Datuk Seri Syed Hamid Albar, Tan Sri Annuar Musa, Datuk Seri Shafie Apdal, Datuk Seri Shahidan Kassim, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Tan Sri Isa Samad, Datuk Mohamad Hassan dan Datuk Jamaluddin Jarjis.
Sehingga jam 7 petang ini, calon yang mendapat undi tertinggi selepas Hishammuddin ialah Shafie (10), Ahmad Zahid Hamidi (9), Khalid (7), Rais (5), Syed Hamid (5), Annuar (1), Shahidan (3), Isa (4), Mohamad (2) dan Jamaluddin (2).
