Persaingan bagi jawatan ketua Puteri Umno semakin hebat antara Ketua Penerangan pergerakan itu, Datuk Shahaniza Shamsuddin dengan naib ketua pergerakan itu, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.
Sehingga malam ini, Shahaniza mendapat 32 pencalonan manakala Rosnah mendapat 28 pencalonan.
Hari ini Shahaniza mendapat tujuh pencalonan baru dari bahagian Tapah, Jerantut, Beufort, Kinabatangan, Setiawangsa, Ledang dan Labis.
Rosnah pula mendapat empat pencalonan baru dari Pekan, Sepanggar, Batu Sapi dan Padang
Manakala exco pergerakan itu, Datin Ismalina Ismail mendapat 12 pencalonan; setiausaha pergerakan itu, Bibi Sharliza Mohd halid (6) dan ketua Puteri Umno Pulau Pinang Azlina Mehtab Mohd Ishaq (4).
Hari ini Ismalina mendapat pencalonan dari bahagian Merbok, Tebrau,
Sepang dan Kulai.
Manakala Azlina pula mendapat tiga pencalonan dari Permatang Pauh, Kepala Batas dan Nibong Tebal.
Bibi Sharliza pula tidak menerima sebarang pencalonan baru hari ini.
Sebanyak 82 bahagian Puteri mengadakan mesyuarat perwakilan masing-masing di seluruh negara.