Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mesyuarat Puteri Sandakan tidak sah
Diterbitkan:  Oct 11, 2008 7:11 PM
Dikemaskini: 11:12 AM

Umno Bahagian Sandakan hari ini mengesahkan bahawa mesyuarat Puteri Umno bahagian itu, Khamis lalu tidak sah.

Ketua Umno bahagian tersebut Datuk Ampong Puyung berkata keadaan itu berlaku disebabkan beberapa masalah teknikal, termasuk tidak mendapat kelulusan mesyuarat daripada bahagian.

“Kami telah merujuk perkara ini kepada pejabat perhubungan Umno (negeri)

dan masih menunggu keputusan lanjut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Bernama, dalam mesyuarat tersebut, Siti Haiba Majid dan Salbiah Harun masing-masing diisytihar menang tanpa bertanding bagi jawatan ketua dan naib ketua Puteri

bahagian.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS