Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Najib dan Muhyiddin dahului pencalonan
Diterbitkan:  Oct 11, 2008 5:42 PM
Dikemaskini: 11:43 AM

Sehingga hari ini, selepas tiga bahagian Umno selesai mengadakan mesyuarat perwakilan masing-masing, Datuk Seri Najib Tun Razak mendapat tiga pencalonan bagi jawatan presiden.

muhyiddin yassin and najib and umno Manakala Tan Sri Muhyiddin Yassin juga mendapatkan tiga pencalonan bagi jawatan timbalan presiden.

Sehingga ini, tiada pemimpin lain yang dicalonkan untuk kedua-dua jawatan tertinggi Umno itu.

Bagi jawatan presiden, Najib memerlukan sekurang-kurangnya 58 pencalonan manakala Muhyiddin pula memerlukan sekurang-kurangnya 38 pencalonan.

Di samping itu, enam pemimpin Umno mula mendapat pencalonan untuk bertanding jawatan naib presiden Umno.

Bagaimanapun mereka masing-masing memerlukan 19 pencalonan untuk layak bertanding jawatan tersebut.

jumlah pencalonan naib presiden Mereka ialah Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang telah mendapat tiga pencalonan, diikuti oleh Datuk Seri Khalid Nordin dengan dua pencalonan).

jumlah pencalonan naib presidenManakala Datuk Seri Dr Rais Yatim, Datuk Seri Syed Hamid Albar, Tan Sri Annuar Musa dan Datuk Seri Shafie Apdal masing -masing mendapat satu pencalonan.

Bahagian yang telah mengadakan mesyuarat perwakilan masing-masing ialah Machang dan Kimanis semalam dan Besut hari ini.

Sementara itu, bahagian Besut yang bermesyuarat hari ini turut memilih Najib dan Muhyiddin masing-masing untuk jawatan presiden dan timbalan presiden.

Manakala bagi jawatan naib presiden pula, Besut mencalonkan Hishammuddin, Khalid dan Shafie.

Kira-kira 25 bahagian lagi akan mengadakan mesyuarat perwakilan masing-masing esok.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS