Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Teresa saman Utusan RM30 juta
Diterbitkan:  Oct 9, 2008 9:13 PM
Dikemaskini: 11:15 PM

Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok hari ini memfailkan saman RM30 juta terhadap Utusan Malaysia dan kolumnisnya Mohd Zaini Hassan kerana didakwa telah memfitnahnya.

Kok, yang juga ahli exco kerajaan negeri Selangor, mendakwa akhbar bahasa Malaysia itu dan Mohd Zaini telah memfitnahnya dalam satu artikel yang disiarkan pada 10 September lalu.

Artikel tersebut dikatakan melaporkan dakwaan peranan Teresa dalam meminta sebuah masjid supaya memperlahankan bunyi pembesar suara ketika azan. Kok telah menafikan dakwaan tersebut.

Selain menuntut gantirugi RM30, Teresa juga memohon perintah mahkamah untuk menghalang Utusan dan Mohd Zaini daripada terus mengulangi perkataan yang berunsur fitnah teradapnya.

Saman tersebut difailkan oleh peguamnya, SN Nair di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi tadi.

Baca berita penuh


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS