Puteri Umno Machang malam tadi mencalonkan Ketua Penerangan Puteri, Datuk Shahaniza Shamsuddin untuk jawatan ketua Puteri Umno Malaysia.
Mesyuarat perwakilan Puteri itu turut bersetuju mencalonkan ahli Exco Nolee Ashelen Datuk Razi bagi jawatan naib ketua Puteri.
Selain Shananiza, antara yang turut menawarkan diri bertanding jawatan ketua Puteri adalah Setiausaha Pergerakan Bibi Sharliza Mohd Khalid, Naib Ketua Puteri Rosnah Abdul Rashid, Ketua Penerangan Puteri dan Exco Puteri Datin Ismalina Ismail.
Sementara itu, Bernama melaporkan, Noranizah Mohd Tahir dipilih sebagai ketua Puteri Umno bahagian Machang yang baru, menggantikan penyandang Che Maziah Che Mat yang menarik diri secara sukarela.
Jawatan naib ketua Puteri bahagian itu terus disandang Norzitta Mohd Rawi yang menang tanpa bertanding.
