Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tanding presiden: Pak Lah tidak umum hari ini
Diterbitkan:  Oct 7, 2008 1:06 PM
Dikemaskini: 5:09 AM

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, beliau tidak akan mengumumkan hari ini sama ada akan bertanding mempertahankan jawatan presiden Umno dalam pemilihan parti Mac depan.

abdullah ahmad badawi “Tidak ada pengumuman hari ini,” katanya ringkas kepada wartawan selepas merasmikan Persidangan dan Pameran BioMalaysia 2008, di ibunegara hari ini.

Mereka mengaju soalan tersebut ekoran kenyataan Abdullah semalam bahawa beliau akan membuat pengumuman mengenainya dalam tempoh 48 jam.

Semalam beliau dilaporkan berkata: "Saya akan tentukan esok atau Rabu".

Keputusan yang dinanti-nantikan itu mula dimaklumkan selepas satu mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi (MT) Umno penghujung bulan lepas.

Dalam mesyuarat tersebut, MT telah menangguhkan mesyuarat agung dan pemilihan Umno, yang pada asalnya dijadualkan Disember ini, ke Mac tahun depan.

Banyak pihak menjangka perdana menteri tidak akan mempertahankan jawatan presiden ekoran tindakan beberapa pemimpin Umno, termasuk Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi menawarkan diri untuk bertanding timbalan presiden.

Seorang lagi pemimpin Umno yang turut menawar diri bertanding jawatan timbalan presiden adalah ketua bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Beliau merupakan anak kepada bekas setiausaha agung Umno, Datuk Mohamad Rahmat yang juga bekas menteri penerangan.

ADS