Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mahkamah tolak petisyen Bandar Kuching
Diterbitkan:  Sep 24, 2008 11:34 AM
Dikemaskini: 10:05 AM

Mahkamah Pilihanraya menolak satu petisyen untuk membatalkan keputusan bagi kerusi Parlimen Bandar Kuching yang dimenangi oleh calon DAP, Chong Chieng Jen.

Hakim Clement Skinner berkata - yang mendengar sebagai hakim Mahkamah Pilihanraya - juga mengarahkan pihak yang memfailkan petisyen tersebut supaya turut membayar kosnya.

Beliau berkata, petisyen tersebut, yang difailkan oleh seorang pengundi - Kho Whai Piaw, gagal membuktikan tanpa keraguan terhadap lima dakwaan bahawa Chong telah menggunakan pengaruh dan terbabit dalam amalan rasuah sewaktu kempen pilihanraya.

upm student memo to mp 051207 chong chieng jen Dalam pilihanraya umum pada 8 Mac lalu, Chong menewaskan Alan Sim Yaw Yen dari Supp - sebuah parti komponen Barisan Nasional - dengan majoriti 9,952 undi, selepas memperolehi 22,901 undi di kerusi majoriti pengundi Cina itu.

Ia merupakan kerusi tunggal yang dimenangi DAP di Sarawak dalam pilihanraya umum lalu.

Dalam penghakimannya, Hakim Skinner berkata, empat saksi pendakwa tidak bercakap benar atau telah berbohong ketika disoalsiasat secara bersumpah.

Para peguam Kho akan memutuskan esok sama ada akan membuat rayuan atau tidak terhadap keputusan tersebut.

Kho terus meninggalkan mahkamah bersama peguamnya selepas keputusan tersebut dibaca.

Aduan polis

Di luar mahkamah, pemimpin DAP negeri, Wong Ho Leng yang juga ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Assek, memberitahu pemberitahu bahawa Chong akan membuat laporan polis Jumaat ini terhadap empat saksi tersebut, berdasarkan kepada kenyataan hakim.'

Chong berkata, penghakiman tersebut telah mempertahankan kehendak pengundi dan menyifatkannya sebagai penghakiman yang baik dan padat.

Beliau juga menggesa Supp dan Umno supaya menghormati keputusan mahkamah hari ini.

Turut hadir di mahkamah ialah Adun Pending, Violet Yong dan Adun Batu Lintang, Voon Lee Shan.

Ketua PKR Sarawak, Dominique Ng Kim juga datang mengucap tahniah kepada Chong, seorang peguam yang sudah penggal menjadi ahli Parlimen Kuching.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS