Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan beliau akan menyertai Pakatan Rakyat seperti yang tersebar dalam SMS.

Bercakap kepada media selepas majlis berbuka puasa di ibu negara hari, beliau berkata, berita itu palsu dan merupakan satu pembohongan.

umno selangor najib muhyiddin event anti pak lah banners 160408 04 "Ada nama saya diberitahu akan melompat menyertai Pakatan dan SMS itu tersebar begitu luas.

"SMS itu mengatakan saya meninggalkan Umno untuk menyokong Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim).

"Saya tidak pernah bercakap sebelum ini tetapi saya mahu bercakap hari ini," katanya.

Muhyiddin berkata, berita ini dibuat begitu rapi supaya ada pihak yang terpengaruh.

Katanya, ia merupakan sebahagian perbuatan Anwar yang tidak bermaruah supaya orang cepat masuk Pakatan.

Beliau juga ditanya hasrat Anwar untuk menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk menubuhkan kerajaan Pakatan.

"Berjumpa perdana menteri adalah taktik Anwar. Apabila orang tengok Anwar jumpa perdana menteri, supaya rakyat terpengaruh.

"Ini bertujuan hendak menunjukkan dia ambilalih kerajaan. Apa yang Anwar nak buat tidak seperti yang kita fikirkan," katanya.

Muhyiddin mencabar Anwar supaya menyebut ahli-ahli parlimen yang hendak menyertai Pakatan.

"Mengapa hendak tangguh, ini karut," katanya.

Beliau juga tidak setuju Abdullah berjumpa Anwar kerana mendakwa Anwar mempunyai muslihat mengenai pertemuan tersebut.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS