Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PSM terus kerjasama dengan Pakatan
Diterbitkan:  Sep 10, 2008 9:19 PM
Dikemaskini: 5:24 PM

PSM, yang kini telah diiktiraf secara rasmi sebagai sebuah parti politik, akan terus bekerjasama dengan Pakatan Rakyat tetapi belum lagi memutuskan sama ada ia akan menyertai barisan pembangkang tersebut.

psm registration accepted pc 100908 03 Setiausaha Agungnya, S Arutchelvan berkata, jika PSM dijemput menyertai Pakatan, ia perlu dibincangkan dalam kongres parti itu sebelum sebarang keputusan dibuat.

Bercakap dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur, beliau juga menegaskan bahawa parti sosialis itu, yang mendakwa mempunyai seramai 10,000 ahli, akan kekal sebagai pembangkang.

"Kami tidak akan menyertai BN (Barisan Nasional), kami boleh memberi jaminan tersebut," katanya.

Selepas sedekad lamanya berjuang untuk mendapatkan pengiktirafan rasmi sebagai parti politi, PSM menerima kelulusan itu daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS) melalui surat bertarikh 19 Ogos.

Baca berita penuh


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS