Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Kira-kira sebelas orang penyokong ketua Umno Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail mengadakan protes di luar ibupejabat Umno di Kuala Lumpur sewaktu pemimpin Umno tiba untuk menghadiri mesyuarat khas Majlis Tertinggi (MT) parti itu untuk memutuskan tindakan terhadap Ahmad.

umno ahmad ismail mt meet 100908  banner 1 Kumpulan tersebut membawa kain rentang, yang antaranya berbunyi "MT pertahankan maruah Datuk Ahmad Ismail ", dan "Kami sokong Datuk Ahmad Ismail".

Mereka melaungkan ' Hidup Melayu ' apabila ahli-ahli MT tiba di ibupejabat Umno untuk menghadiri mesyuarat khas tersebut.

Laungan 'Hidup Melayu' menjadi kuat ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang juga presiden Umno, muncul dari kereta yang dinaikinya.

Majlis tertinggi yang mempunyai 48 anggota dan merupakan badan pembuat keputusan tertinggi Umno itu, dijadual mula bermesyuarat jam 2.30 petang.

Mesyuarat khas itu diadakan ekoran kontroversi yang dicetuska oleh ketua Umno Bukit Bendera itu, yang didakwa membuat kenyataan yang berbaur perkauman terhadap masyarakat Cina.

Ahmad telah menimbulkan kemarahan masyarakat Cina apabila didakwa berkata bahawa kaum itu "menumpang" di negara dan meminta mereka supaya tidak menjadi seperti orang Yahudi di Amerika yang mahu menguasai ekonomi dan kuasa politik.

Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) semalam memutuskan untuk menyerahkan kepada Umno untuk memutuskan tindakan terhadap Ahmad.

'Kami wakili Melayu KL'

Sementara itu, jurucakap mereka, Rahim Harun memberitahu pemberita bahawa kumpulannya tidak ada sebarang kaitan politik tetapi mewakili orang Melayu Kuala Lumpur.

umno ahmad ismail mt meet 100908 hishamuddin greet protestor "Kami menyokong penuh Ahmad kerana menyatakan fakta politik, tetapi kami tidak mempersoalkan hak kerakyatan masyarakat Cina. Mungkin wartawan berkenaan salahfaham apa yang dimaksudkannya," katanya.

Bagaimanapun, sasaran mereka - anggota MT - tidak memberi banyak perhatian kepada kehadiran kumpulan tersebut, kecuali Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang kelihatan bersalam dengan mereka.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS