Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
60% percaya liwat bermotif politik
Diterbitkan:  Aug 25, 2008 6:48 PM
Dikemaskini: 11:05 AM

Kira-kira 60 peratus pengundi Melayu di Permatang Pauh percaya pertuduhan liwat terhadap calon PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bermotifkan politik.

Kira-kira 31 peratus daripada 544 pengundi di kawasan itu "sangat percaya" Anwar menjadi mangsa percaturan politik, seperti dakwaannya sendiri, dalam tinjauan badan kaji selidik pendapat awam terkenal Merdeka Center.

Terdapat 69.4 peratus pengundi Melayu daripada 58,449 di kerusi parlimen itu yang kini diperebutkan dengan sengit antara PKR dengan BN yang diwakili Datuk Arif Shah Omar Shah.

Sementara 28 peratus lagi responden “lebih kurang setuju” dengan pernyataan “adakah dakwaan salah laku seks terhadap Anwar bertujuan politik?”

Sementara itu, 35 peratus lagi tidak beranggap sedemikian, dengan 20 peratus “sangat tidak setuju” dan 15 peratus “lebih kurang tidak setuju”.

Selebihnya 6 peratus lagi tidak tahu atau tidak ingin memberitahu.

Tinjauan tiga hari Merdeka Center sehingga 24 Ogos, hanya dua hari sebelum pengundian esok.

Badan itu meletakkan marjin kesilapan 4.3 peratus.

Dalam tinjauan berasingan oleh pusat yang sama awal bulan ini, kira-kira 50 peratus responden Melayu di Semenanjung tidak percaya dakwaan yang dibuat oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan, bekas pembantu Anwar. Berita asal


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS