Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pemimpin Hindraf ditahan di Seberang Jaya
Diterbitkan:  Aug 23, 2008 8:08 PM
Dikemaskini: 12:08 PM

Lapan pemimpin Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf), termasuk penyelaras pusatnya, TS Thanenthiran, ditahan petang tadi selepas mengadakan protes terhadap sebuah kumpulan serpihan Hindraf, di luar sebuah kuil Cina di Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Protes tersebut bermula kira-kira jam 2 petang dan jumlah mereka meningkatkan kepada 200 orang ketika lapan pemimpin Hindraf itu ditahan.

Kumpulan serpihan itu, yang mendakwa mewakili Hindraf, mengadakan sembahyang di kuil tersebut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang sedang membantu kempen calon BN di Permatang Pauh, turut singgah melawat kuil tersebut kira-kira jam 5.30 petang.

Beliau berbual sekejap dengan anggota kumpulan serpihan tersebut dan berjabat tangan dengan sebahagian daripada mereka, sebelum beredar dari situ.

Sejurus selepas itu, demonstrasi tersebut menjadi tidak terkawal dan polis membuat tangkapan pada kira-kira jam 6.30 petang.

Menurut polis, lapan orang, termasuk dua wanita, ditahan kerana mengadakan demonstrasi haram.

Pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy yang menelefon Malaysiakini dari London, berkata kumpulan serpihan itu tidak mewakili Hindraf dan upacara sembahyang tersebut direstui oleh Hindraf.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS