Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
TPM: Anwar desak lesen judi di Sabah
Diterbitkan:  Aug 21, 2008 12:26 PM
Dikemaskini: 5:24 AM

Semasa menjadi timbalan perdana menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa mendesak kerajaan Sabah meluluskan lesen empat ekor kepada syarikat yang beliau mempunyai kepentingan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Anwar pernah menghentak meja dan membuang fail bagi membuat desakan itu sewaktu kerajaan Sabah diketuai Datuk Yong Teck Lee, kata timbalan perdana menteri.

"(Beliau) nak lesen itu kerana abangnya pengerusi syarikat berkenaan," katanya semasa berucap dalam kempen pilihanraya kecil kerusi parlimen Permatang Pauh di Seberang Jaya malam ini.

Yong dilantik sebagai ketua menteri Sabah pada 1996 hingga Mei 1998, sementara Anwar menjadi timbalan perdana menteri dari 1993 hingga beliau dipecat daripada Umno pada September 1998.

Menurut laporan Bernama , Najib berkata beliau bangga dengan tindakan kerajaan Sabah yang lebih berprinsip daripada Anwar kerana tidak meluluskan lesen itu.

"Sekarang dia (Anwar) menyebut-nyebut tentang masyarakat madani tetapi dulu minta luluskan lesen judi," katanya.

Sebelum itu, pada satu majlis di Masjid Daerah Seberang Perai Tengah, Najib mengumumkan sumbangan khas sebanyak RM100,000 bagi setiap masjid dan RM30,000 bagi setiap surau di kawasan parlimen tersebut.

Beliau juga telah meminta umat Islam bersatu demi menegakkan syiar Islam dan perpaduan ummah.

Katanya tindakan itu amat perlu memandangkan ketika kini banyak pihak yang cuba mencabar Islam terutama melalui penganjuran forum terbuka.

"Dengan bersatu tidak bermakna kita hendak menggugat hak orang lain, tetapi kita perlu membuat orang merasa segan dan hormat kepada kita," katanya.

ADS