ANIMAX Cosplay Competition
  All VIMA Awards Passes Snapped Up!! Its Beg,Borrow or Steal to Get One!
  Here it is again..The Full VIMA Nominee List!!
  Youth'09 - Malaysia’s Largest Youth Lifestyle Festival.
  Ahmad Izham Omar Gets Inducted Into Indie Music Hall Of Fame
  Okay, so you wanna be a film-maker?
  The Top 10 Singles of 1970
  How To Cure Migraines: Super Tips!
  Top 26 Sexiest Cartoon Babes
  Eeek! A Penis!!
  The Politics of Hunger: When Policies and Markets Fail the Poor
  March 8: Eclipsing May 13 (Hardback edition)
  Malaya's First Year at the United Nations: As Reflected in Dr Ismail's Reports Home to Tunku Abdul Rahman (Hardback edition)
  The Asian Renaissance
  The Malay Dilemma
  -    +  
Adjust font size:
Gamis: Terima kasih kerajaan...
Abdul Rahim Sabri | Aug 20, 08 2:06pm
Sekretariat Helwani Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (Gamis) menyokong penuh keputusan kerajaan membatalkan konsert Avril Lavinge pada 29 Ogos ini.

"Terima kasih di atas kerjasama kerajaan yang peka dengan pembentukan generasi muda. Langkah (pembatalan konsert) adalah langkah mengurangkan gejala sosial," kata ketua umum Helwani Gamis, Rafidah Jannah Salleh ketika dihubungi Malaysiakini.

Dalam laporan NST hari ini, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWA) telah membuat keputusan tidak memberi permit untuk penganjuran konsert Avril Lavinge pada 29 Ogos ini kerana ia tidak sesuai dengan budaya di Malaysia.

Rafidah yang juga naib presiden 1 Gamis, menegaskan bahawa konsert itu tidak perlu diadakan dalam bulan kemerdekaan atau di luar bulan kemerdekaan.

Bagaimanapun kata beliau, pihaknya tidak menyalah konsert tetapi artis yang mengisi konsert tersebut hendaklah ditapis oleh kerajaan atau mana-mana pihak yang membawa artis tersebut.

"Konsert tak salah, tapi orang itu (Avril) kita tak berkenan," kata Rafidah.

Sehubungan itu, katanya, Helwani Gamis akan menghantar surat terima kasih kepada KeKKWA berhubung pembatalan konsert Avril Lavinge.

"Kami juga akan menghantar surat terima kasih kepada penganjur kerana tidak mengadakan konsert ini di dalam bulan Ogos," kata Rafidah.

Sementara itu, Sekretariat Helwani Gamis menyerahkan memorandum bantahan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berhubung penganjuran konsert tersebut.

Memorandum itu diserahkan oleh Rafidah kepada wakil Datuk Bandar, Ezriq Razak jam 10.25 pagi tadi.

Rafidah juga menjelaskan, Helwani juga telah menerima sokongan membantah konsert itu diadakan daripada mufti kerajaan Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid, Jumaat lalu. 


Advertisement

Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner