Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, Barisan Nasional (BN) memilih Datuk Arif Shah Omar Shah sebagai calonnya di Permatang Pauh kerana beliau mempunyai peluang untuk menang.

"Dia orang Permatang Pauh, dah banyak berjasa di situ dan sudah menjadi wakil rakyat (Adun Sebarang Jaya)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri satu majlis di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

arif shah omar shah Perdana menteri berkata, Arif Shah (foto) sudah lama dalam Umno dan tidak menimbulkan sebarang masalah kepada parti

"Kerajinannya membantu pengundi di kawasan itu, dia calon adalah yang terbaik bagi BN di Permatang Pauh waktu ini.

"Calon-calon lain nampaknya boleh menerima Datuk Arif Shah menjadi calon BN," katanya.

bm version permatang pauh election results 310708 Menurut Abdullah lagi, Arif Shah dipilih sebagai calon berdasarkan apa yang pihak parti reaksi rakyat dan ahli-ahli parti.

"Atas dasar itu, kita pilih beliau," kata perdana menteri.

Ditanya mengapa BN memilih calon yang sudah menjadi wakil rakyat, Abdullah berkata; "Itu adalah keputusan kepimpinan, maka kita boleh menerimalah..."

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemilihan Arif sebagai calon BN dalam pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh malam tadi.

Arif Shah merupakan taruhan terbaru BN untuk berdepan PKR setelah gagal tiga kali dengan dua calonnya sejak pilihanraya umum 1999.

Kali ini calon BN itu akan berdepan dengan tokoh besar parti pembangkang itu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hari penamaan calon ditetapkan pada 16 Ogos ini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS