Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Forum: Syed Ali persoal Zaid membisu?
Diterbitkan:  Aug 12, 2008 12:30 PM
Dikemaskini: 4:38 AM

Senator Datuk Syed Ali Al-Habshee mempersoalkan pendirian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Mohd Zaid Ibrahim yang bertanggungjawab dalam soal perundangan yang dikatakan masih

membisu berhubung soal penganjuran forum "memeluk Islam" oleh Majlis Peguam yang telah mencetuskan kemarahan masyarakat Islam di negara ini.

zaid ibrahim Bernama memetik Syed Ali sebagai berkata ketika masyarakat Islam mempertikaikan kedegilan Majlis Peguam mengadakan forum itu secara terbuka Sabtu lalu, Zaid masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenainya.

syed ali al habshee Syed Ali yang juga ketua Umno bahagian Cheras dalam satu kenyataan semalam, sebaliknya memuji sikap Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, seorang lagi menteri

di JPM yang bertanggungjawab dalam soal agama, yang berani tampil untuk menjelaskan pendirian kerajaan terhadap penganjuran forum tersebut.

Syed Ali turut menyokong desakan pelbagai pihak agar tindakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dikenakan ke atas pemimpin Majlis Peguam.

Forum tersebut Sabtu lalu terpaksa dihentikan ekoran bantahan umat Islam yang berhimpun di luar bangunan ibupejabat majlis tersebut, tempat forum tersebut diadakan.

convertion forum protest bar council 090808 Ketua Polis Dang Wangi, ACP Dzulkarnian Abdul Rahman, dilaporkan berunding dengan Majlis Peguam supaya menghentikan forum tersebut.

Manakala Pengerusi Majlis Peguam, Datuk S Ambiga pula dilaporkan memberitahu forum tersebut bahawa polis telah menasihatkan agar ia ditamatkan pada jam 10 pagi.

Forum itu sepatutnya berakhir 1.30 tengah hari. Pada jam 10 pagi, Ambiga mengumumkan secara rasmi bahawa forum itu ditutup.

"Kami menghormati pandangan semua pihak. Kami tidak bergaduh dengan sesiapa dan saya mengumumkan forum ini ditutup," katanya.

ADS