Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Sebab Mohd Saiful tidak didakwa
Diterbitkan:  Aug 7, 2008 7:46 PM
Dikemaskini: 1:00 PM

Mohamad Saiful Bukhari Azlan tidak dituduh bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana pemuda itu pengadu yang mendakwa diliwat oleh ketua umum PKR, kata menteri dalam negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar.

"Patutkah kita mendakwa orang yang membuat laporan polis, mendakwa kejadian itu berlaku?

"Kita mesti ingat juga bahawa Anwar tidak bersalah sehingga dibuktikan oleh mahkamah," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur, lapor Bernama .

Anwar, 60, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini terhadap tuduhan melakukan hubungan seks di luar tabii terhadap Mohamad Saiful, 23, di sebuah kondominium di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada 26 Jun lalu.

Selepas dibebaskan dengan ikat jamin kemudiannya, Anwar mempersoalkan kenapa Mohamad Saiful tidak turut didakwa kerana kertas pertuduhan menyebut bahawa Mohd Saiful bersetuju dalam melakukan perbuatan yang didakwa itu.

Syed Hamid berkata, dalam kes rasuah umpamanya, orang yang didakwa menerima sogokan lazimnya akan didakwa dan bukannya pemberi yang membuat laporan.

"Itulah cara sistem perundangan... yang penting ialah wujudnya keadilan," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS