Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mahkamah tolak permohonan panggil Najib
Diterbitkan:  Jul 23, 2008 1:17 PM
Dikemaskini: 11:09 AM

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menolak permohonan peguam Karpal Singh untuk memanggil Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan dua pegawai kanan polis untuk memberi keterangan dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Mahkamah juga menolak permohonan Karpal untuk memanggil penyiasatan persendirian P Balasubramaniam sebagai saksi dalam kes tersebut.

karpal singh police report tun mahathir 230508 Hakim Datuk Mohd Zaki Yasin berkata, tidak perlu untuk memanggil Najib ataupun Balasubramaniam untuk memberi keterangan.

Karpal memberitahu pemberita, beliau mungkin membuat rayuan terhadap keputusan tersebut, di Mahkamah Rayuan.

Karpal yang menjadi peguam pemerhati bagi pihak keluarga Altantuya, mengemukakan permohonan Isnin lalu untuk memanggil Najib, Balasubramaniam dan dua lagi anggota polis untuk memberi keterangan.

Menurutnya, keterangan keterangan Najib diperlukan bagi mendapatkan keputusan yang adil dalam kes tersebut kerana peranan yang dikatakan beliau (Najib) main.

Karpal yang juga pengerusi DAP, mahu Balasubramaniam dipanggil semula ekoran akuan berkanun yang dibuatnya bulan lalu, yang mengaitkan Najib dengan Altantuya.

Balasubramaniam kemudiannya menarik balik akuan berkanun tersebut.

Beliau juga merupakan saksi pertama pihak pendakwaraya dalam kes tersebut.

Balasubramaniam, hilang selepas membuat dakwaan yang menggemparkan itu, dan polis dilaporkan berkata, dia dipercayai bersembunyi di sebuah negara jiran.

Altantuya dibunuh pada 2006 dan badannya telah diletupkan di sebuah kawasan hutan terpencil, dan teman rapat Najib - Abdul Razak Baginda - dituduh bersubahat dalam pembunuhannya.

Abdul Razak, yang memberitahu mahkamah bahawa Altantuya adalah kekasihnya, telah mengupah Balasubramanian untuk menghalang wanita Mongolia daripada mengganggunya.

Najib telah menafikan pernah berjumpa dengan Altantuya.

ADS