Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Muhd Taib tanding naib presiden
Diterbitkan:  Jul 22, 2008 1:10 PM
Dikemaskini: 6:41 AM

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Tan Sri Muhammad Muhd Taib hari ini menawarkan diri untuk bertanding jawatan naib presiden Umno dalam pemilihan parti Disember ini.

muhammad muhd taib Muhammad menyertai 15 lagi pemimpin Umno yang setakat ini menyatakan hasrat bertanding jawatan itu.

"Saya ingin memperkasakan parti untuk berdepan dengan cabaran baru khasnya membantu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak memulihkan kekuatan Umno menjadi saluran perdana perjuangan orang Melayu," katanya dalam satu sidang akhbar di Shah Alam hari ini.

Muhammad juga ketua penerangan Umno berkata Umno memerlukan pasukan kerja yang ikhlas berjuang untuk kepentingan parti dan masa depan orang Melayu, khususnya untuk menambahbaik kehidupan orang Melayu di luar bandar dan penyusunan semula masyarakat untuk mengeluarkan orang Melayu daripada kemiskinan.

Beliau melaporkan beliau berkata, tugas kepimpinan Umno pada hari ini adalah memperkukuhkan perpaduan Melayu di setiap peringkat, memastikan ekonomi dan politik Melayu kembali kuat, serta mengembalikan Umno sebagai tunjang perjuangan rakyat Malaysia.

Dalam pemilihan lalu, bekas menteri besar Negeri Sembilan, Tan Seri Isa Samad memperolehi undi terbanyak (1,507).

Bagaimanapun, beliau terlucut jawatan tersebut selepas digantung keahliannya kerana terbabit dengan politik wang.

Tempat kedua diduduki oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam (1,329 undi) dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Tan Sri Muhyiddin Yassin (1,234 undi).

Muhammad pula memperolehi 1,177 undi untuk berada di tempat keempat. Selepas itu, beliau dilantik sebagai ketua penerangan Umno.

shahrir samad 250907 Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Johor Bahru, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata beliau tidak akan bertanding bagi merebut jawatan naib presiden dalam pemilihan Umno Disember ini.

"Untuk bertanding ke jawatan itu, saya tidaklah akan sampai ke situ,"

katanya dalam program bual bicara Helo Malaysia Bernama TV di saluran 502 Astro malam tadi.

Beberapa pemimpin Umno telah menyatakan hasrat untuk bertanding jawatan naib presiden, termasuk Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Shafie Apdal serta penyandang Datuk Seri Mohd Ali Rustam.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS