Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

kemaskini 9:45pm Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat oleh penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan seorang pengamal homoseks, kata peguamnya hari ini.

"Tidak," kata peguam itu Zamri Idrus apabila ditanya sama ada pemuda 23 tahun itu seorang "gay."

saiful bukhari azlan lawyer pc zamri idrus 210708 01 Zamri (foto kanan) hari ini mengadakan sidang media bagi menjelaskan pendirian bapa pemuda itu Azlan Mohd Lazim di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Bapa Mohd Saiful menyifatkan Anwar seseorang yang "banyak alasan" dan suka "berdolak-dalik" berhubung siasatan kes anaknya.

"Demi membela Mohd Saiful yang menjadi mangsa bekas majikannya ini, saya dan keluarga saya menuntut dengan setegasnya kepada individu yang terlibat supaya memberikan kerjasama yang sepenuhnya dalam penyiasatan pihak polis," katanya.

Azlan berkata, berbeza daripada Anwar, Mohd Saiful telah mengambil sikap "berani kerana benar dan beliau (anaknya) tanpa sebarang masalah telah memberikan kerjasama yang sepenuhnya bagi membantu polis membuat siasatan."

Kenyataan lima perenggan Azlan dibacakan oleh Zamri.

Turut serta dalam sidang media itu seorang bapa saudara Mohd Saiful yang mahu dikenali 'Uncle Pat.'

Azlan juga berkata anaknya sanggup bersumpah secara Islam bagi menegakkan kebenaran dakwaannya selepas polis menyelesaikan siasatan mereka.

"Ia bergantung (pada keadaan). Pada tahap ini, semua pihak memberi perhatian dan kerjasama penuh kepada polis. Biarlah polis melengkapkan siasatan dulu," kata peguam itu.

saiful bukhari azlan images 300608 03 Azlan menyatakan beliau berasa sedihnya Mohd Saiful diperlakukan sedemikian oleh Anwar.

"Saiful berkali-kali menyebut kepada saya dan keluarga kami bahawa beliau bertindak begini kerana kebenaran dan saya berdoa kepada Allah supaya menunjukkan kebenaran itu.

"Yang terpenting, saya dan keluarga saya memohon kepada pihak berwajib membawa individu yang terlibat ke muka pengadilan secepat mungkin," katanya mengakhiri kenyataan bertulis tersebut.

Menurut peguam, Azlan tidak hadir di sidang media itu kerana "ada hal lain."

Ditanya hubungan Mohd Saiful dengan kenalan baiknya Rahimi Osman dan bekas pemimpin kanan PKR Mohamad Ezam Mohd Nor dengan seorang pemimpin negara, Zamri berkata: "Tidak, tidak, perkara ini biarlah pihak polis lakukan siasatan dahulu."

Disoal sama ada Mohd Saiful mendapat sebarang pampasan daripada pihak tertentu atas pengakuan diliwat, Zamri berkata: "Itu tidak benar."

Mengulas gambar-gambar bekas penuntut Universiti Tenaga Nasional (Uniten) itu dengan beberapa orang menteri, Zamri berkata "gambar tidak menceritakan apa-apa".

"Ini pandangan saya sebagai peguam. Kamu boleh ambil gambar dengan sesiapa yang kamu mahu. Gambar tidak menceritakan apa-apa. Ia hanya gambar," katanya lagi.

Bapa saudara Mohd Saiful pula berkata, sebagai bekas pimpinan pelajar, dalam program-program seperti forum, sudah tentu pemuda itu mengambil gambar untuk kenang-kenangan.

anwar sodomy saiful bukhari azlan allegations 290608 Foto yang didedahkan pemimpin PKR termasuklah menunjukkan Mohd Saiful bergambar dengan setiausaha timbalan perdana menteri, Khairil Anas Yusof (foto kiri) .

Beliau bagaimanapun menafikan anak saudaranya itu mengenali dengan dekat pemimpin dalam dalam gambar itu, antaranya menteri pelancongan Datuk Seri Azalina Othman Said dan menteri perdagangan dalam negeri dan hal-ehwal pengguna Datuk Shahrir Samad - kedua-duanya menafikan pembabitan mereka dengan Mohd Saiful.

"Memang betul, (beliau) tidak kenal," kata Zamri.

Diminta menjelaskan keadaan anak guamnya sekarang, Zamri berkata pemuda itu selamat, berada dalam keadaan baik dan sihat.

Ditanya sama ada beliau dalam keadaan trauma, peguam itu tertawa kecil dan berkata: "Kamu mula pergi lebih terperinci sekarang."

Para pemberita turut ketawa kecil.

Ditanya sama ada beliau yakin dengan keterangan yang diberikan oleh Saiful, Zamri berkata:

"Mohd Saiful anak guam saya. Sebagai peguam, saya yakin berdasarkan keterangan Mohd Saiful tetapi jawapan saya ini jangan dianggap mempunyai hubung kait dengan siasatan polis kerana segala-galanya bergantung kepada penyiasatan polis."

Sidang media itu diadakan, tambah Zamri, untuk menunjukkan "bapa dan keluarganya mengambil berat tentang Mohd Saiful dan tiada sesiapa mengetepikannya."

Peguam itu berkata beliau telah melihat laporan polis yang dibuat oleh Saiful, bagaimanapun enggan mendedahkannya.

Ditanya perasaannya berhubung isu ini, Uncle Pat menambah: "Kita tetap teruskan kehidupan. Kita orang Islam, kita harus bergantung pada Allah. Selagi kita bergantung pada Allah, insya Allah, kekuatan itu akan datang dan kita yakin bantuan Allah tetap akan sampai."


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS