Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Isu T'ganu beli Mercedes ke kabinet
Diterbitkan:  Jul 21, 2008 4:43 PM
Dikemaskini: 8:57 AM

Kabinet akan membincangkan kewajaran kerajaan Terengganu membeli 14 buah kereta Mercedes E200 Kompressor bernilai RM3.43 juta sebagai kenderaan rasmi baru anggota-anggo exco dan pegawai kanan negeri itu, kata timbalan perdana menteri.

"Dasar kita selama ini semua kementerian kerajaan pusat dan kerajaan negeri dikehendaki menggunakan kereta nasional," kata Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Beliau mengulas pembelian kenderaan mewah itu bagi menggantikan penggunaan Proton Perdana V6 Executive bagu "menjimatkan perbelanjaan tahunan".

Najib berkata dasar kerajaan sebelum ini mengkehendaki kementerian dan kerajaan negeri menggunakan kereta nasional, lapor Bernama .

"Saya guna kereta nasional dan perdana menteri pun gunakan kereta nasional," katanya.

Semalam, menteri besar Terengganu Datuk Ahmad Said berkata pembelian kenderaan itu tidak menggunakan wang royalti minyak dan ia sudah lama dirancang bagi menggantikan kenderaan rasmi yang telah berusia empat tahun.

Ahmad berkata kerajaan negeri terpaksa membuat pembelian tersebut susulan kos penyenggaraan Proton Perdana terlalu tinggi kerana mudah rosak dan tidak tahan untuk perjalanan jauh.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS