Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau puashati dengan Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang mengambil keterangannya berhubung laporannya terhadap ketua polis negara (KPN) Tan Sri Musa Hassan dan peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail.
Anwar tiba di ibu pejabat Badan Pencegah Rasuah (BPR) di Putrajaya pada jam 10.05 pagi tadi dan memberi keterangan selama kira-kira dua jam.
Anwar tiba jam 10.05 pagi, dengan ditemani tiga orang peguamnya - Sivarasa Rasiah, Sankara Nair dan Param Cumaraswary. Anwar keluar dari ibupejabat BPR pada kira-kira jam 12.10 tengahari.
Bagaimanapun, kata Anwar, keterangan beliau kepada BPR beliau selesai kerana beliau terpaksa pergi Ibupejabat polis (IPK) Kuala Lumpur berhubung laporan liwat terhadapnya.
"Saya puashati dengan BPR. Banyak keterangan lain yang BPR perlukan. Saya minta maaf kepada pegawai BPR kerana terpaksa pergi IPK Kuala Lumpur.
"Saya akan beri keterangan semula kepada BPR secepat mungkin," kata Anwar dalam satu sidang akhbar selepas memberi keterangan hari ini.
Hadir di IPK Kuala Lumpur
Mengenai kehadirannya di IPK Kuala Lumpur, Anwar kata, beliau dijangka ditahan di lokap kerana waran tangkap telah dikeluarkan terhadapnya.
Pada 1 Julai, Anwar membuat laporan polis terhadap Musa dan Abdul Gani yang didakwanya memalsukan bukti dalam laporannya 10 tahun yang lalu.
Pada masa itu, Musa seorang pegawai penyiasat manakala Abdul Gani pula merupaka ketua pendakwaraya terhadap kes Anwar.
Apabila Anwar ditahan pada 20 September 1999, beliau dibawa ke ibu pejabat polis persekutuan di Bukit Aman apabila mantan timbalan perdana menteri itu dipukul oleh KPN ketika itu, Tan Sri Abdul Rahim Noor, menyebabkan matanya lebam dan mengalami kecederaan lain di badannya.
Anwar berkata, laporan asal perubatan yang disediakan oleh beberapa orang doktor telah diketepikan.
Dalam laporannya itu, Anwar berkata, laporan perubatan menyimpulkan bahawa kecederaan yang dialaminya adalah akibat dipukul.
Laporan doktor
Bagaimanapun, Anwar berkata, laporan tersebut tidak diterima dan mereka yang memukulnya tidak didakwa, sebaliknya peguam negara ketika itu Tan Sri Mokhtar Abdullah - yang didakwanya berpakat dengan Abdul Gani - meminta seorang doktor lain Dr Abdul Rahman Yusof mereka-reka laporan perubatan kedua.
Anwar berkata, beliau percaya, Musa dan Abdul Gani berada di Bukit Aman pada malam beliau dipukul oleh Abdul Rahim dan kedua-duanya "merahsiakan" kejadian tersebut daripada pengetahuan umum.
Sehubungan itu, Anwar mendesak supaya satu siasatan baru dijalankan terhadap dakwaan mereka bukti, yang boleh dihukum sehingga tujuh tahun penjara.
BPR menjalankan tugas menyiasat dakwaan tersebut memandangkan ia membabitkan pihak polis dan pejabat peguam negara.
Musa dan Gani telah dipanggil memberi keterangan berhubung laporan Anwar pada 11 Julai lalu.
Musa memberi keterangan lebih empat jam, manakala Gani pula memberi keterangan selama kira-kira 40 minit.