Polis mengadakan sekatan jalanraya di sekitar Kuala Lumpur bagi menghadapi kemungkinan berlaku bantahan berhubung usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi esok.
Khamis lalu, gabungan pembangkang - Pakatan Rakyat - mengemukakan usul tidak percaya terhadap perdana menteri.
Ketua Pembangkang, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR- Permatang Pauh) telah memfailkan usul tersebut di pejabat Speaker Dewan Rakyat pada jam 3.45 petang.
Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia, akan memutuskan esok sama ada membenarkan usul tersebut dibahaskan.
Menurut polis, beberapa jalan menuju ke bangunan Parlimen akan ditutup esok dan menggesa orang ramai supaya jangan menyertai sebarang protes, walaupun PKR telah menafikan hari ini merancang sebarang demonstrasi. Supaya cuti anggota polis dibatalkan.
"Kita hanya meminta penyokong kita menyaksikan perbahasan tersebut, tetapi pihak berkuasa anggap ia satu perhimpunan. Tidak perlu adakan sekatan jalanraya," kata Ketua Penerangan, chief Tian Chua.
Tian berkata, ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dilarang berada berhampiran bangunan Parlimen.
Anwar sebelum ini telah menyuarakan hasratnya untuk pergi ke Parlimen untuk mendengar perbahasan berhubung usul tidak percaya tersebut.
"Polis datang ke rumah Anwar hari ini dan menyerahkan perintah mahkamah yang melarangnya berada berhampiran Parlimen pada hari Isnin (esok). Jika Anwar melanggar perintah tersebut, beliau boleh ditahan dan didakwa di mahkamah," katanya kepada AFP.
Perintah mahkamah itu membenarkan polis menangkap Anwar dan penyokong pembangkang jika mereka berada dalam lingkungan lima kilometer dari Parlimen.