Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Menteri Pelancongan, Datuk Azalina Othman memberitahu Dewan Rakyat hari ini bahawa juruaudit luar telah dilantik untuk menyiasat dakwaan penyelewengan dalam Pempena Sdn Bhd - sebuah anak syarikat Tourism Malaysia.

wee choo keong Menjawab soalan Wee Choo Keong (PKR-Wangsa Maju), beliau berkata, ia telah diarahkan supaya menyiasat secara terperinci pelbagai dakwaan dalam laporan Malaysiakini pada 2 Julai lalu.

Dakwaan tersebut, yang terkandung dalam satu memorandum, turut mendakwa berlaku rasuah, penyelewengan dan pecah amanah oleh pegawai-pegawai kanan syarikat tersebut.

Dalam memorandum tersebut - salinannya turut dihantar kepada Azalina - beberapa kakitangan mendakwa beberapa keputusan yang dibuat oleh pegawai-pegawai kanan tersebut, yang membabitkan jutaan ringgit dana pembangunan pelancongan, telah masuk ke kantung pihak-pihak lain.

azalina othman 02 Hari ini, Azalina menjawab perkara tersebut walaupun Speaker Pandikar Amin Mulia menasihatkan beliau tidak perlu menjawabnya kerana menurutnya, laporan tersebut belum disahkan.

Azalina berkata, laporan tersebut membangkitkan beberapa dakwaan penyelewengan dan beliau telah mengarahkan juruaudit luar supaya menyiasatnya.

Katanya, tindakan sewajarnya akan diambilnya jika didapati berlaku sebarang penyelewengan.

Menurutnya, ia juga akan mengadakan semakan perniagaan untuk mengkaji keputusan-keputusan terdahulu yang dibuat oleh lembaga pengarah syarikat berkenaan. Berita asal

ADS