Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Petisyen p'raya Kuala Kangsar ditolak
Diterbitkan:  Jul 4, 2008 12:00 PM
Dikemaskini: 8:42 AM

Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini menolak petisyen pilihanraya yang mencabar kemenangan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Rafidah Aziz bagi kerusi Parlimen Kuala Kangsar.

Hakim Datuk Zakaria Sam memutuskan bahawa kegagalan Rafidah untuk menandatangani dua daripada tiga set kertas pencalonannya sewaktu pilihanraya umum 8 Mac lalu, tidak menjejaskan keputusan pilihanraya tersebut.

bm version kuala kangsar parliamentary seat 040708 Menurutnya lagi, pengundian bagi kerusi tersebut berjalan secara bebas, adil dan tanpa sebarang amalan rasuah.

Katanya, kesilapan Rafidah itu bukan satu halangan kepada pilihanraya tersebut.

Bagaimanapun, Zakaria menolak permohonan Rafidah supaya dibayar kos, kerana menurutnya kesilapan bekas menteri berkenaan, telah menyebabkan petisyen tersebut difail dan didengar di mahkamah.

Petisyen itu difailkan oleh pengundi Ahmad Jamaluddin Abd Majid yang menamakan Rafidah, pengawai pengurus pilihanraya Mohd Ghazali Jalal dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sebagai responden.

Dalam pilihanraya tersebut, Rafidah ditentang oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Dr Khairuddin Abd Malik.

Rafidah berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Kuala Kangsar dengan memperolehi 10,735 undi. Khairuddin mendapat 9,277 undi.

Mahkamah juga menolak petisyen untuk membatalkan keputusan pilihanraya umum bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Kubu Gajah yang dimenangi oleh Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin.

Rafidah tidak hadir di mahkamah hari ini.

Sementara itu, Saharuddin Mohd Toha (foto), bekas setiausaha politik Rafidah yang hadir di mahkamah, gembira dengan keputusan mahkamah hari ini.

Beliau memberitahu pemberita bahawa Keputusan tersebut membuktikan bahawa bekas bosnya itu dipilih secara adil dan bebas.

Sementara itu, petisyen mencabar keputusan pilihanraya bagi kerusi DUN Kubu Gajah, difailkan oleh calon PAS yang kalah, Mohd Nazri Din.

Dalam petisyennya itu, beliau mendakwa berlaku rasuah dan penyelewengan oleh calon BN, Raja Ahmad.

Mohd Nazri mendakwa, Raja Ahmad, yang menang dengan majoriti 66 undi, telah membuat janji-janji pilihanraya "undi kasi BN menang, apa-apa you minta BN boleh kasi" beberapa kali kepada pengundi di Kubu Gajah.

Raja Ahmad juga didakwa memberi bungkusan beras kepada para pengundi.

Bagaimanapun, Zakaria berkata petisyen itu mempunyai kecacatan kerana "pempetisyen gagal membuktikan dalam afidavitnya penduduk yang dinamakan, adalah pengundi berdaftar di kawasan tersebut.

Peguam Mohamed Hanipa, Aminuddin Zulkipli dan Zulmi Sabri mewakili pempetisyen. Manakala Mohd Hafarizam Harun, Syed Faisal Syed Abdullah, Abu Bakar Mohd Sidek, Badrul Hishah Abdul Wahap dan Mohd Adli Ithinin mewakili Rafidah dan Raja Ahmad.

Peguam persekutuan, Amarjeet Serjit Singh, Andi Razalijaya A Dadi dan Nurul Farhana Khalid mewakil SPR dan pegawai pengurus pilihanraya.

ADS