Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PM: Negara stabil, aman dan selamat
Diterbitkan:  Jul 3, 2008 9:34 PM
Dikemaskini: 1:35 PM

Keadaan negara adalah aman dan selamat, dan rakyat tidak perlu bimbang dan percaya dengan khabar angin yang mendakwa negara kini dalam keadaan darurat, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Perdana Menteri berkata keadaan ekonomi dan keselamatan negara juga dalam keadaan terkawal dan rakyat tidak sepatutnya terlampau teruja dengan apa yang berlaku di negara pada masa ini.

"Negara tidak berada dalam keadaan darurat. Kerajaan ini sebuah kerajaan yang stabil, percayalah.

" Keselamatan negara ini masih terkawal dan berada dalam keadaan mengawal semua (perkara). Kita tahu apa yang sedang berlaku dan negara ini akan aman dan selamat dan pada hari ini pun (selamat)," katanya kepada pemberita.

Sebelum itu, beliau mempengerusikan mesyuarat pertama Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) di pejabatnya di menara Bangunan Parlimen hari ini, demikian menurut laporan Bernama.

Beliau berkata demikian selepas ditanya mengenai sitausi negara pada masa ini dari segi ekonomi dan keselamatan.

Abdullah berkata kerajaan akan bertindak jika terdapat sebarang masalah dan menegaskan pada masa ini semuanya berjalan dengan baik, termasuk dari segi pentadbiran kerajaan dan pelaksanaan projek.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS