Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
RMK9: PM garis kejayaan setakat ini
Diterbitkan:  Jun 26, 2008 2:05 PM
Dikemaskini: 6:09 AM

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menggariskan beberapa kejayaan yang menurutnya, dicapai dalam tempoh dua tahun pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9).

mid term review of the 9th malaysia plan 2006 to 2010 Berucap membentangkan Kajian Separuh Penggal RMK9 di Dewan Rakyat hari ini, Abdullah berkata, ia termasuk mengekalkan kadar pertumbuhan ekonomi negara pada kadar yang membanggakan - 6.1 peratus setahun.

Yang lainnya ialah:

bullet button Menaikkan kualiti hidup rakyat melalui peningkatan pendapatan per kapita daripada RM18,840 pada tahun 2005 kepada RM23,066 pada 2007.

bullet button Pengurangan defisit fiskal negara dari 3.6 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2005, kepada 3.2 peratus pada 2007.

bullet button Meneroka sumber pertumbuhan baru dan meningkatkan produktiviti pekerja.

bullet button kualiti dan akses kepada sistem pendidikan negara ditingkatkan melalui pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan dan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara.

bullet button kadar kemiskinan keseluruhan dikurangkan dari 5.7 peratus pada 2004 kepada 3.6 peratus pada 2007.

bullet button Kemiskinan tegar pula menyusut dari 1.2 peratus kepada 0.7 peratus pada 2007.

bullet button Mengurangkan jurang ekonomi antara kumpulan etnik, antara wilayah dan antara bandar dan luar bandar.

bullet button Hampir 68,000 orang usahawan baru dilatih.

bullet button Memastikan akses yang lebih baik kepada penjagaan kesihatan dan kemudahan perumahan.

bullet button Memperluas jaringan jalanraya ke kawasan luar bandar.

bullet button Menyediakan pengangkutan awam yang lebih baik dan meningkatkan keselamatan jalanraya.

bullet button Meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian sektor awam, termasuk menggantikan Sijil Layak Menduduki (CF) dari pihak kerajaan tempatan dengan Sijil Siap dan Pematuhan (CCC).

bullet button Mengurangkan kos menjalankan perniagaan melalui Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH).

"Jelaslah bahawa pencapaian dalam tempoh masa pelaksanaan RMK9 setakat ini bukan hanya terbatas kepada perancangan mahupun retorik semata-mata, tetapi terjelma dalam pencapaian yang hakiki," katanya.

ADS