Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Minyak: Protes PKR S'gor gagal
Diterbitkan:  Jun 20, 2008 12:44 PM
Dikemaskini: Jun 23, 2008 4:44 AM

dikemaskini Angkatan Muda (AMK) PKR Selangor merancang mengadakan 10 bantahan serentak selepas solat Jumaat hari ini di seluruh negeri tetapi tiada sambutan.

Tinjauan Malaysiakini di masjid negeri di Shah Alam dan di sebuah masjid lagi di Ampang menunjukkan kira-kira 100 orang hadir.

Di beberapa masjid, berdasarkan foto yang dikirim, kelihatan beberapa orang sahaja mengangkat sepanduk bantahan.

petrol hike 30 cents 280206 khairul anuar ahmad zainudin Berbeza dengan sambutan 2,000 penyokong pembangkang dalam demonstrasi Jumaat minggu lalu yang diketuai ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub.

Menurut kenyataan ketuanya Khairul Anuar Ahmad Zainudin semalam, masjid-masjid yang bakal menyaksikan protes pada hari ini ialah: masjid Kampung Melayu Ampang, masjid Hasanah di Bandar Baru Bangi, masjid simpang tiga di Gombak, masjid Kajang, masjid Sekincan, masjid negeri di Shah Alam, masjid bandar baru Sungai Buloh, masjid Hulu Bernam, masjid Bukit Naga di Seksyen 32, Shah Alam dan masjid di Damansara Utama.

Difahamkan tiada bantahan di Sekinchan dan Kajang - dua kawasan yang dikuasai pembangkang di negeri yang kini ditadbir Pakatan Rakyat.

Usaha AMK negeri ini dalam rangka menggerakkan kempen 'protes sejuta rakyat' 2008 bertempat di Petaling Jaya pada 6 Julai depan.

"Slogan yang tegas 'turun' dan warna merah adalah manifestasi kemarahan rakyat terhadap tindakan gila kerajaan menaikkan harga minyak yang melampau," kata Khairul Anuar.

Protes itu, tambahnya, "pasti mendapat penyertaan dan sokongan dari segenap lapisan kelas masyarakat merentasi latar politik, kaum dan agama."

Malaysiakini difahamkan pembangkang merancang demonstrasi besar awal bulan depan.

Namun, kegagalan kempen AMK negeri hari ini - kira-kira dua minggu lagi - dipercayai boleh membantutkan rancangan tersebut.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS