Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Gerakan: Mengapa tidak 50 peratus
Diterbitkan:  Jun 10, 2008 4:27 PM
Dikemaskini: 8:32 AM

Mengapa hanya 10 peratus dan bukannya 50 peratus elaun keraian jemaah menteri dipotong sebagai langkah berjimat cermat kerajaan, tanya Ketua Pemuda Gerakan, Datuk Mah Siew Keong.

mah siew keong Walaupun mengalu-alukan langkah kerajaan itu bagi menjimatkan kira-kira RM2 bilion daripada kos operasinya, beliau berkata, langkah memotong hanya 10 peratus elaun keraian jemaah menteri adalah tidak mencukupi.

"Pemotongan 50 peratus adalah lebih efisien dan boleh menghantar isyarat yang jelas kepada jabatan kerajaan untuk berbelanja secara berhemah.

"Sekarang adalah masa yang sukar yang memerlukan langkah-

langkah drastik diambil," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, kerajaan menganggar menjimat tambahan RM2 bilion menerusi pengurangan perbelanjaan awam, termasuk pemotongan 10 peratus elaun keraian jemaah menteri.

Katanya, langkah mengurang perbelanjaan itu menunjukkan

bahawa kerajaan turut mengubah gaya perbelanjaannya untuk

bersama-sama rakyat, berdepan dengan masa yang mencabar ini

ekoran kenaikan harga minyak.

"Rakyat menghadapi kesan negatif dan langkah yang diambil oleh

kerajaan itu menunjukkan kepimpinan melalui teladan," kata Mah

lagi.

Tingkat ketelusan

Katanya, semua kementerian dan jabatan kerajaan perlu mempunyai sasaran untuk mengurangkan kos sebanyak 10 peratus pada akhir tahun in.

Di samping itu, katanya, semua majlis kerajaan di hotel bertaraf lima bintang hendaklah dikurangkan dan kalau boleh dihentikan sama sekali.

"Wang yang dijimatkan itu hendaklah disalurkan untuk membantu golongan berpendapatan rendah.

"Rakyat mahu tahu ke mana wang yang dijimatkan itu dibelanjakan.

"Oleh itu, kerajaan mesti mengumumkan butiran mengenainya secepat mungkin dan ia adalah sebahagian daripada proses meningkatkan ketelusan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS