Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pergerakan Pemuda Umno hari ini melancarkan sebuah blog untuk mengumpulkan maklumat dan teguran rakyat, khususnya dari golongan muda, terhadap parti dan kerajaan.

"Selagi kita tidak mendengar pandangan mereka yang kritikal terhadap kita, maka selama itulah kita akan terus hidup dalam kepompong," kata Exo Pemuda, Datuk Sazmi Miah ketika melancarkan blog tersebut di PWTC pagi ini.

umno youth blog website media saka bangsa 100608 Blog 'Saka Bangsa' tersebut akan diselenggarakan oleh Sekretariat Perhubungan Media Pemuda Umno yang dipengerusikan oleh Sazmi, yang juga bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Saka Bangsa bermaksud warisan bangsa.

Dalam ucapannya, Sazmi berkata, keadaan sudah berubah, terutama selepas pilihanraya umum pada 8 Mac lalu.

Katanya, golongan muda kini mempunyai akses kepada kemudahan internet dan penubuhan blog tersebut adalah antara usaha Pemuda Umno untuk mendekati mereka.

"Jadi kita melancarkan blog ini untuk memulihkan kekuatan Pemuda Umno supaya terus relevan," katanya.

sazmi miah umno youth blog launching 100608 001 Blog ini akan membuka ruang untuk sebarang komen, pandangan, pendapat, kritik dan cadangan dari semua, terutama generasi muda secara terbuka sehingga 20 Julai 2008.

Ia juga akan menganjurkan tinjauan pendapat untuk mendapatkan maklumat dan senario yang lebih jelas agar maklumat ini akan dimajukan kepada kepimpinan Pemuda Umno.

Mahu dengar pandangan

Sazmi berkata, generasi muda hari ini lebih banyak akses kepada internet dan kerana itu Pemuda Umno perlu mengakui hakikat itu.

Katanya, ramai golongan muda yang tidak lagi menghayati perjuangan Pemuda Umno.

"Berilah pandangan dan kritikan mengenai Pemuda tentang apa yang telah dilakukan dan apa yang patut dilakukan supaya ia boleh diterima sekali lagi.

sazmi miah umno youth blog launching 100608 004 "Saya mahu dengar sahaja semua pandangan dan kritikan itu dan tidak mahu menjawabnya kerana ia merupakan hak mereka," katanya.

Sazmi (foto) berkata, beliau mahu tahu mengenai persepsi orang ramai terhadap Pergerakan Pemuda.

Katanya, Pemuda Umno tahu kakitangan kerajaan dan golongan telah tidak menyokong Pemuda Umno tidak sebagaimana empat tahun lalu.

Bawa pada Hisham

"Isu yang boleh jawab, kita akan jawab. Benda (tuduhan) yang tidak betul terhadap parti, kita perlu pertahankan," katanya lagi.

Sementara, dalam sesi dialog dengan hadirin, seorang blogger berkata Pemuda Umno hari ini tidak mengikut rentak dan suasana semasa, di samping ketiadaan pemimpin pelapis.

Tambahnya, Pemuda Umno juga sudah menjauhkan diri dari persatuan-persatuan termasuk Belia 4B yang satu masa dahulu turut dianggotai ahli-ahli Pemuda Umno.

sazmi miah umno youth blog launching 100608 003 Manakala seorang wartawan akhbar berbahasa Cina pula mendakwa pemimpin Pemuda tidak melayan media-media berbahasa Cina, tetapi lebih mengutamakan bahasa Melayu dan Inggeris.

Manakala seorang wartawan dari sebuah media alternatif turut membangkitkan kesukaran yang dihadapi untuk mendapatkan reaksi daripada kepimpinan Pemuda Umno berhubung isu-isu panas semasa.

Dalam reaksinya, Sazmi berkata, beliau akan membawa perkara yang dibangkitkan dalam sesi dialog tersebut ke pengetahuan Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS